Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

SABERKAS dipastikan terus berkembang dan relevan

$
0
0

SEDIA: Abu Seman (duduk kiri) bersama ahli jawatankuasa penganjur Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Zon Tengah merangkap Majlis Penyampaian Anugerah Kepimpinan SABERKAS, semalam.

Transformasi SABERKAS jadikan pertubuhan lebih dekat dengan belia yang mempunyai aspirasi berbeza

SIBU: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) dengan keahlian baharunya merangkumi 70 peratus golongan belia dan 30 peratus golongan veteran akan memastikan pertubuhan tersebut terus berkembang dan relevan.

Timbalan Setiausaha Agung SABERKAS Abu Seman Jahwie berkata, transformasi dalam SABERKAS akan menjadikan pertubuhan lebih dekat dengan golongan belia yang mempunyai pemikiran serta aspirasi yang berbeza.

“SABERKAS kini sedang giat menarik golongan belia agar melibatkan diri dengan aktiviti yang sihat memandangkan golongan ini merupakan pemimpin masa depan.

“Penstrukturan SABERKAS juga akan memastikan kita mempunyai pemimpin pelapis bagi menerajui pertubuhan pada masa akan datang,” ujarnya kepada pemberita selepas mempengerusikan masyuarat akhir Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Zon Tengah merangkap Majlis Penyampaian Anugerah Kepimpinan SABERKAS, semalam.

Abu Seman turut menyifatkan penstrukturan semula SABERKAS sebagai satu strategi yang baik dalam mendapatkan sokongan golongan belia.

Dengan pengurusan baharu itu katanya, pemimpin lama dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka bersama golongan muda.

Beliau juga memberitahu bahawa SABERKAS kini mempunyai 71 cawangan di seluruh negeri.

Menyentuh mengenai majlis, Abu Seman berkata majlis akan berlangsung di Hotel Paramount pada 20 September ini, jam 7 malam.

Majlis akan dirasmikan oleh Presiden SABERKAS merangkap Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau yang juga pengerusi penganjur majlis menjangkakan lebih 200 ahli SABERKAS dari kawasan tengah seperti Sarikei, Maradong, Kanowit, Song, Kapit, Sibu, Matu, Daro, Dalat dan Mukah akan hadir.

“Pada majlis itu nanti, 41 ahli juga akan menerima Anugerah Kepimpinan SABERKAS,” jelas Abu Seman.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>