Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Dua buah lagi sekolah sukan diperlukan, kata Lee

$
0
0

KUCHING: Sarawak memerlukan dua buah lagi sekolah sukan bagi memastikan program pembangunannya berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi di masa hadapan.

Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin berkata sekolah sukan sedia ada, SMK Tabuan Jaya tidak dapat menampung keperluan atlet dari seluruh negeri untuk menjalani latihan.

“Sa r awak pe r lu ada sekurang-kurangnya tiga buah sekolah sukan ditempatkan di seluruh negeri bagi memudahkan para atlet terutama dari luar Kuching mendapat latihan yang mencukupi,” katanya.

“Kita tidak dapat terus bergantung harap dengan SMK Tabuan Jaya kerana fasilitinya sangat terhad dan hanya memfokus kepada beberapa sukan sahaja.

” Menurut Lee, beliau akan berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk menaiktaraf fasiliti di SMK Tabuan Jaya selain bercadang untuk membina dua buah lagi sekolah sukan baharu pada masa akan datang.

“Sarawak adalah negeri yang besar dan mempunyai ramai atlet.

Justeru memang wajar kita mempunyai sekurangkurangnya tiga buah sekolah sukan bagi menampung keperluan atlet yang semakin bertambah,” jelasnya.

Lee turut menjelaskan setiap fasiliti yang dibina dan dinaiktaraf harus memenuhi standard yang telah ditetapkan.

“Sarawak akan menjadi venue beberapa acara sekiranya Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Sukan SEA pada 2017.

“Justeru, kita perlu memastikan semua fasiliti sukan baik yang sedang dibina mahupun dinaiktaraf memenuhi standard yang telah ditetapkan,” tambahnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>