Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Tambang bot ekspres naik bermula hari ini

$
0
0

SIBU: Persatuan Bot Ekspres Bahagian Ke-3, Ke-6 dan Ke-7 Sarawak semalam mengumumkan kenaikan tambang bot ekspres bermula hari ini (10 September).

Pengerusinya Lau Hieng Choon berkata semua ahli bersetuju dengan keputusan tersebut semasa mesyuarat terakhir persatuan pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, beliau      enggan mendedahkan pe-     ratus kenaikan tambang      namun jelasnya ia bergan-tung kepada sesuatu desti-nasi.

“Kami tidak boleh mendedahkan berapa banyak kami mahu naikkan tambang kerana setiap destinasi mempunyai harga yang berbeza,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hadir sama Naib Pengerusinya Ting Chuo Won.

Beliau berkata destinasi yang terlibat adalah Sibu, Daro, Tanjung Manis, Kapit, Baleh, Belaga, Pulau Bruit, Pulau Poro, dan Sarikei.

Tambahnya, Kapit adalah kawasan yang paling kerap mempunyai perjalanan menggunakan bot ekspres.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228