Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Dokumen milik syarikat pengangkutan musnah dalam kebakaran

$
0
0

SIASAT: Pegawai bomba meneliti kawasan kebakaran yang hanya melibatkan dokumen syarikat pengangkutan tersebut.

KUCHING: Pelbagai dokumen milik syarikat pengangkutan musnah dalam kebakaran di pejabatnya di Bandar Baharu Batu Kawa, di sini, semalam.

Kebakaran itu dipercayai berlaku ketika kakitangan pejabat keluar pada waktu makan tengah hari.

Ia kemudiannya disedari oleh kakitangan syarikat yang cuba masuk ke dalam pejabat apabila mendapati asap tebal.

Setelah menerima panggilan kecemasan, Pegawai Kanan Bomba John Sagun serta Ketua Balai Bomba Tabuan Jaya Tawang Lingem bergegas ke tempat kejadian bersama 21 anggota dari Balai Bomba Tabuan Jaya dan Batu Lintang.

Bagaimanapun, api berjaya dipadam oleh kakitangan syarikat menggunakan alat pemadam api mudah alih dan air.

Punca kebakaran masih disiasat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>