Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pemegang rekod dunia sertai BASE JUMP Sibu

$
0
0

KIBAR JALUR GEMILANG: Salah seorang peserta BASE Jump edisi keempat meluncur terjun pada ketinggian 126 meter dari puncak Wisma Sanyan sebelum mendarat di Dataran Sibu.

MENJADI TUMPUAN: Penduduk sekitar Sibu bersama penerjun terkenal antarabangsa, Maria Steinmayr (Austria) dan Brandon Peluang (AS) sebaik melakukan terjunan tahun lalu.

Edisi kelima ini bakal berlangsung di Dataran Sibu Fasa I pada 20-22 September ini

SIBU: Pemegang rekod dunia, Gary Cunningham  dari Australia antara peserta yang mengesahkan penyertaan dalam BASE JUMP Sibu edisi kelima yang bakal diadakan pada 20 hingga 22 September ini.

Program yang bakal berlangsung di Dataran Sibu Fasa I anjuran Jawatankuasa Pelancongan Bahagian Sibu dan bertepatan dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Sarawak Meredeka Dalam Malaysia, para penerjun akan membawa bendera ulang tahun ketika terjunan nanti.

Setiausaha DTTG Maria Nadja Jimmy Jalil memberitahu, para penerjun lain juga akan menyusul membawa Jalur Gemilang dan bendera-bendera negeri sebagai simbolik kesatuan Malaysia.

“Dalam perbincangan kami, Pengerusi Persatuan BASE Jump Malaysia Kapten A. Aziz memberitahu bahawa kira-kira 15 penerjun mengesahkan penyertaan. “Penerjun ini melibatkan dari Amerika Syarikat, Australia dan Malaysia.

“Pada edisi kelima ini kami menyasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 28 penerjun seperti edisi lalu.

“Bilangan sebenar akan diketahui pada mesyuarat yang akan datang bagi pengesahan sebenar jumlah peserta yang terlibat,” katanya.

Beliau memberitahu ini merupakan acara tahunan pelancongan unik di Sibu yang bakal menerima tumpuan ramai setiap kali penganjurannnya.

Maria berkata, acara terjunan bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari manakala terjunan malam dijadualkan pada 20 dan 21 September bermula jam 7 malam tertakluk kepada keadaan cuaca ketika itu.

Selain itu, semua peserta edisi kali ini dibawa ke Bawang Assan Homestay pada hari terakhir program bagi memberi peluang kepada mereka mendekati dan mengalami budaya dan tradisi masyarakat tempatan.

Pameran makanan diadakan dari 19 September hingga 10 Oktober di sekitar Dataran Sibu Fasa II sebagai aktiviti sampingan untuk memeriahkan program tahunan tersebut.

“Matlamat kami melnganjurkan aktiviti ini adalah sebagai landasan terbaik untuk para penerjun luar negara merasai pelbagai hidangan lazat tempatan.

“Ini akan menjadi buah tangan bermakna buat sahabat dan keluarga mereka apabila pulang ke negara masing-masing.

“Secara langsung ini adalah promosi Sibu sebagai bandar wilayah tengah pinggir sungai yang bakal dijadikan destinasi pelancongan utama,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sibu Rudy Anoi berkata BASE Jump adalah antara acara pelancongan utama bagi Sibu dengan setiap penerjun akan melalui terjunan pada ketinggian 126 meter dari menara tertinggi di Sarawak, Wisma Sanyan.

“Ia bertujuan mempromosikan Sibu dan kawasan tengah sebagai destinasi pelancongan.

“Pada tahun ini, kami menjangkakan lebih ramai penerjun dari seluruh dunia datang dan melawat tempat-tempat menarik di sini,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>