Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

MCMF bantu menguatkan imej Miri

$
0
0

MCMF: Gracie dan Pengurus Besar ParkCity John Augustine menunjukkan kad penaja dan hotel rasmi sambil disaksikan oleh Lawrence sebagai tanda pelancaran MCMF di Miri semalam.

MIRI: Festival Muzik Country Miri (MCMF) yang dirancang diadakan pada Februari tahun depan akan membantu menguatkan imej Miri sebagai bandar raya pelancongan dan tuan rumah penganjuran aktiviti hiburan bertaraf antarabangsa.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai berkata penganjuran aktiviti julung kalinya itu akan mempelbagaikan aktiviti pelancongan di sini sekali gus menghidupkan suasana bandar raya Miri.

“Miri masih merupakan bandar raya baharu. Kita masih memerlukan lebih banyak pendedahan dan promosi.

“Penganjuran festival muzik ini adalah cara kita untuk mempromosikan Miri kepada peminat-peminat muzik irama country untuk datang ke Miri,” katanya semasa pelancaran MCMF di sini semalam.

MCMF dianjurkan oleh UCSI Communications Sdn Bhd dan MBM pada 15 Februari 2014.

Pengarah Urusan UCSI Communications Gracie Geikie memberitahu, barisan penghibur luar negara yang bakal terlibat dalam festival itu akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu ini.

“Kami masih berbincang dengan band-band dari luar negara yang mahu terlibat dalam projek ini, “ jelas beliau sambil menambah, MCMF turut menampilkan artis tempatan dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Cabaran MCMF turut dianjurkan untuk band-band tempatan di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu yang bermula pada November selama dua bulan.

Pertandingan itu mempertaruhkan hadiah utama berupa wang tunai RM3,000 semasa final di Miri pada 13 Februari.

“Juara pertandingan ini juga akan membuat persembahan bersama lima band lain semasa MCMF,” jelas Gracie dan dianggarkan seramai 6,000 pengunjung dari dalam dan luar Miri disasarkan hadir.

Tiket dijual dengan harga RM80 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.

Hotel ParkCity Everly merupakan lokasi dan penaja rasmi sementara pengendali pelancongan rasmi ialah Planet Borneo Tours and Travel Services Sdn Bhd.

Bagaimanapun bermula 9 September hingga 30 November ini, tiket yang ditempah awal ditawarkan dengan harga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak secara online di alamat www.ticketxpress.com.my dan di hotel ParkCity Everly.

Untuk maklumat lanjut sila e-mel kepada Letitia ke alamat letitia@ucsicommunications.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>