Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kahwin muda kian meningkat

$
0
0

Daud

Remaja Islam perlu teliti segala risiko, hadiri kaunseling sebelum buat keputusan: Daud

KUCHING: Jumlah permohonan perkahwinan bawah umur di kalangan remaja Islam di negeri ini semakin meningkat dan membimbangkan, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau yang terkilan dengan statistik daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia berkata, Sarawak mencatatkan jumlah permohonan tertinggi di Malaysia pada tahun 2011, diikuti Kelantan dan Sabah.

“Menurut statistik itu, bilangan permohonan perkahwinan bawah umur di kalangan remaja Islam pada tahun lepas telah meningkat kepada 270 daripada 234 pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 15.4 peratus,” ujarnya pada Majlis Penangguhan ‘Wacana Minda: Remaja Hanya Sekali’ anjuran Kementerian Pembangunan Sosial di Pustaka Negeri Sarawak semalam.

Daud berkata, pada tahun 2012 Bahagian Kuching mencatatkan permohonan tertinggi diikuti Kota Samarahan dan Sri Aman.

“Pada tahun 2010, permohonan bagi tujuan tersebut ialah sebanyak 166 dan ia semakin meningkat sejak tiga tahun lalu.

“Undang-undang Mahka-mah Syariah Sarawak hanya membenarkan lelaki berumur 18 tahun ke atas dan perempuan berumur 16 tahun ke atas untuk berkahwin, namun mereka yang berumur kurang daripada itu harus mendapat-kan kebenaran daripada mah-kamah syariah,” jelasnya.

Daud menarik perhatian, walaupun permohonan per-kahwinan bawah umur diluluskan oleh mahkamah syariah, pasangan tersebut masih perlu menghadiri sesi kaunseling sebelum mereka dibenar untuk melangsungkan per-kahwinan.

“Golongan remaja dinasihatkan untuk meneliti segala risiko yang berkaitan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin awal.

“Ini kerana statistik secara amnya menunjukkan kadar perceraian pasangan Islam adalah tinggi jika dibandingkan dengan pasangan bukan Islam,” tambah Daud.

Beliau memberitahu pada tahun 2011, jumlah perkahwinan pasangan Islam ialah sebanyak 6,700 dengan kes perceraian sebanyak 1,368, iaitu hampir dua kali ganda jika dibandingkan dengan kes perceraian pasangan bukan Islam sebanyak 700.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Kementerian Pembangunan Sosial Aishah Edris berkata, objektif penganjuran sesi dialog tersebut adalah untuk berkongsi hasil kajian mengenai perkahwinan bawah umur di kalangan masyarakat Islam.

“Menurut beberapa pasa-ngan muda yang ditemu bual, mereka tidak menyesal ber-kahwin muda malah berang-gapan status baharu sebagai suami dan isteri itu lebih me-matangkan mereka.

“Paling utama jangan ber-kahwin kerana nafsu dan desa-kan cinta, tetapi kerana sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan,” jelas Aishah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>