Kewujudan lima parti politik baharu itu bawa kebaikan dan keburukan
SIBU: Kewujudan lima parti politik baharu di Sarawak yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Isnin lepas mempunyai pro dan kontra kepada senario politik di negeri ini.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Bangit berkata, Sarawak telah mempunyai banyak parti politik dan kewujudan lima parti politik baharu itu akan membawa kebaikan dan keburukan.
“Dari segi kebaikan, ke-wujudan kelima-lima parti politik baharu itu menunjukkan negara kita meng-amalkan sistem demokrasi,” ujarnya kepada pemberi-ta semalam ketika diminta memberi komen berhubung kewujudan lima parti politik baharu itu.
Andrew yang juga pengerusi Unit Bumiputera Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu berkata, kewujudan terlalu ba-nyak parti politik juga akan menyebabkan rakyat di negeri ini berpecah belah.
“Dari segi keburukan, kita bimbang kewujudan banyak parti politik ini akan menyebabkan rakyat berpe-cah belah serta tidak mempunyai hala tuju,” jelasnya.
Namun katanya, meman-dangkan negara mengamalkan sistem demokrasi, kita tidak dapat menghalang sesiapa yang hendak me-nubuhkan parti politik.
“Kita mendoakan yang terbaik kepada mereka ketika Pilihan Raya Negeri akan datang. Semasa pilihan raya, harap parti-parti ini dapat mengikut arahan SPR. Jangan menimbulkan huru-hara,” tambah Andrew.
Pada Isnin lepas, ROS telah mengumumkan nama 20 parti politik baharu di mana lima daripadanya adalah dari Sarawak.
Parti terbabit ialah Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), Parti Bumi Ke-nyalang (PBK), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru), Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) dan Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai.