Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Hanya rakan komponen baharu yang ikhlas dialukan, kata Rundi

$
0
0

KUCHING: Barisan Nasional (BN) cuma mengalu-alukan soko-ngan atau anggota baharu sebagai parti komponen yang benar-benar ikhlas ingin mengukuhkan parti dan berjuang demi rakyat.

Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) yang berpendirian mesra BN menunjukkan minat mereka terhadap parti telah terbukti kekukuhannya.

“(PBDS Baru) belum membuktikan (keikhlasan) mereka dan sudah tentunya kita (BN) tidak tahu apakah agenda mereka (berpendirian mesra BN),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau diminta me-ngulas mengenai pen-dirian PBDS Baru seperti dinyatakan Pengerusi Protemnya Louis Jarau selepas parti tersebut dilulus-kan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini.

Rundi yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia berkata beliau berharap kumpulan mendakwa ‘mesra BN’ agar tidak menyimpan agenda peribadi.

“BN mengalu-alukan dan terbuka kepada mana-mana penyokong atau anggota yang ikhlas untuk mengukuhkan gabungan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>