Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pemaju diarah baiki rumah dalam tempoh sebulan

$
0
0

KUCHING: Mahkamah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) semalam memutuskan pemaju perlu bertanggungjawab atas kecacatan mutu kerja yang dihadapi pengadu, Abdul Rahman Redhuan dan membaikinya dalam tempoh sebulan.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Pengerusi Tribunal Datuk Maznah Dasmi selepas perbicaraan kes kecacatan mutu kerja sebuah rumah di Taman Cherrywood, Jalan Matang Baru yang diadakan di Tingkat Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) lama, semalam.

Menurutnya, keputusan tersebut dicapai selepas lawatan ke tapak pada 22 September lalu, jam 9.30 pagi oleh jurutera daripada Kementerian Perumahan Sarawak dan TTPR.

“Rumusan daripada lawatan itu mendapati pihak pemaju disaran untuk melakukan baik pulih seperti yang disarankan oleh jurutera awam Kementerian Perumahan.

“Jurutera merumuskan semua kerosakan tersebut berlaku bukan disebabkan kegagalan struktur rumah dan tidaklah menyebabkan kerosakan kepada struktur bangunan,” katanya.

Tambah Maznah, sekiranya pemaju gagal melaksanakan arahan yang diputuskan, pengadu boleh melantik kontraktor sendiri untuk membaikinya dan bayarannya ditanggung oleh pemaju.

“Sekiranya mereka (pemaju) gagal membaiki kerosakan yang disenaraikan dalam tempoh sebulan mulai hari ini (semalam) dan jurutera turut mendapati kecacatan tidak dibaiki dengan betul mengikut aspek dalam perjanjian, pembeli diberi hak untuk melantik kontraktor dan mengenakan caj tersebut kepada pemaju,” tegasnya.

Turut hadir pada perbicaraan tersebut ialah dua ahli panel iaitu Robert Elone Sireng, Bexter Agas Michael, dua kerani dan tiga saksi daripada pihak pembeli.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>