Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Ekspo Kediaman dan Perabot Sarawak 2013 tawar hadiah menarik

$
0
0

KUCHING: i-Pad mini serta hadiah menarik lain antara hadiah cabutan bertuah setiap hari yang menanti pengunjung Ekspo Kediaman dan Perabot Sarawak 2013.

Ekspo yang diadakan di Tingkat 1, Mall 2 City One bermula pada 5 hingga 8 September ini juga bakal menawarkan hadiah utama pada penghujung ekspo diadakan.

Menurut pengerusi pengelola Ekspo Chin Yoke Song, ekspo anjuran Persatuan Industri Perabot Sarawak (SFIA) itu mendapat tajaan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

“Kami menawarkan hadiah cabutan harian menarik seperti i-Pad mini kepada pengunjung serta hadiah lain, di mana pengunjung hanya perlu mendaftarkan diri di kaunter untuk melayakkan mereka membuat cabutan.

“Sementara hadiah utama berupa set teater rumah, i-Pad dan beberapa produk lain dan bagi melayakkan pengunjung memenangi hadiah utama mereka perlu membeli barangan di ekspo bernilai RM500 ke atas,” katanya pada sidang media di Mall 2 City One di sini, semalam.

Chin memberitahu bahawa ekspo yang menampilkan 205 penyertaan kini sudah ditempah sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam secara percuma.

Tambahnya, ekspo ketiga anjuran persatuan itu akan menampilkan pempamer daripada industri atau syarikat besar dalam bidang berkaitan seperti Soon On, Beetex dan sebagainya pada tahun ini.

“70 hingga 80 peratus pempamer adalah daripada industri perabot sementara selebihnya barangan dapur, lampu, elektrikal dan rekaan dalaman,” katanya.

Ekpo yang akan dilancarkan pada 5 September ini (esok) dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Chin berkata, sehingga kini ia merupakan ekspo terbesar seumpamanya diadakan di Kuching dan tahun ini menjangkakan 10,000 pengunjung sepanjang empat hari program diadakan.

“Kami berharap orang ramai yang berminat datang beramai-ramai dan awal kerana seperti yang kita sedia maklum, kemudahan tempat letak kereta adalah terhad,” katanya.

Hadir sama timbalan pengerusi pengelola Leo Chiang dan ahli jawatankuasa ekspo Andy Liew.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>