Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Skuad sepak takraw negara dirombak hadapi Sukan SEA

$
0
0

KUALA LUMPUR: Garagara tewas mengejut 0-3 kepada Korea Selatan pada final Kejohanan Siri Super Istaf di India Ahad lalu, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dijangka melakukan rombakan besar-besaran bagi membentuk skuad kebangsaan yang mantap untuk ke Sukan SEA di Myanmar pada Disember ini.

Setiausaha Agung PSM, Datuk Arshad Yahaya berkata rombakan itu bagaimanapun bergantung kepada kemampuan pemain menyesuaikan diri dengan beberapa acara memandangkan Myanmar selaku hos temasya itu bakal mempertandingkan banyak disiplin dalam acara sepak takraw termasuk chinlone iaitu sukan sepak takraw tradisional negara berkenaan.

“Kita akui kebangkitan mendadak Korea Selatan termasuk menumbangkan Thailand di suku akhir pada kejohanan itu kali ini.

Kita akan menilai kembali kelemahan yang wujud dalam skuad negara sebelum ke Myanmar,” katanya kepada Bernama mengenai kekalahan kepada Korea Selatan itu.

Skuad negara yang dibarisi Norshahruddin Mat Ghani, Farhan Adam dan Ahmad Aizat Nor tewas 10-15, 11-15 dan 10-15 kepada trio Korea Selatan iaitu Kim Young Man, Jeong Won Deok dan Park Hyun Geun, sekali gus memusnahkan harapan mereka untuk meraih gelaran sulung kejohanan yang dipertandingkan sejak tahun lalu.

Korea Selatan sebelum itu mengejutkan kuasa utama sepak takraw dunia iaitu Thailand pada saingan suku akhir sebelum menewaskan satu lagi pasukan pilihan Indonesia pada separuh akhir.

Ekoran kekalahan kepada Korea Selatan itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin membayangkan akan menyekat peruntukan kepada PSM.

Mengenai saingan di Myanmar, Arshad berkata Thailand masih merupakan pencabar utama negara untuk meraih emas yang kali terakhir dimenangi Malaysia ialah pada edisi 2005 di Filipina.

“Kita juga tidak boleh memandang rendah keupayaan Indonesia dan Myanmar yang mampu menggugat peluang kita meraih pingat emas pada Sukan SEA nanti,” katanya.

Pada masa yang sama, Arshad yakin skuad elit lelaki negara mampu meraih sekurang-kurangnya satu slot ke final. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>