Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Mangsa kebakaran Kampung Lereng Bukit terima bantuan

$
0
0

PRIHATIN: Hamzah (tengah) menyerahkan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran sambil diperhatikan yang lain.

MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Haji Wahed, Miri dan Kampung Lereng Bukit serta beberapa ranting PBB Cawangan Piasau menyampaikan bantuan kepada sembilan keluarga mangsa kebakaran di Kampung Lereng Bukit di sini semalam.

Majlis penyampaian bantuan berupa wang tunai dan makanan kepada mangsa diketuai oleh Pengerusi PBB Ranting Kampung Haji Wahed Hamzah Bujang.

Turut hadir Pengerusi PBB Ranting Kampung Lereng Bukit Abdul Rahim Awang Kep dan Penghulu Samat Alip.

“Kami amat simpati dengan nasib menimpa mangsa-mangsa tersebut.

“Kami cuba membantu yang termampu termasuk membantu mereka menguruskan dokumen penting yang telah hangus dalam kebakaran baru-baru ini,” jelas Hamzah.

Menurut beliau, PBB bukan hanya sebuah parti yang tertumpu kepada politik semata-mata tetapi turut prihatin terhadap keperluan kebajikan rakyat terutama pada waktu kecemasan atau bencana.

Katanya sembilan keluarga berkenaan diberi bantuan wang tunai dan makanan bagi membantu meringankan beban mangsa terbabit.

Bantuan berupa makanan tersebut adalah sumbangan daripada ranting PBB di Piasau.

Dalam pada itu, beliau mahu semua mangsa kebakaran tersebut bersabar menerima nasib yang menimpa mereka serta meneruskan rutin seharian dan bekerja keras.

Katanya kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain serta pihak NGO turut akan membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuk mereka yang ditimpa musibah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>