Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kelab Toastmasters AZAM ajak orang ramai kibar Jalur Gemilang

$
0
0

KUCHING: Sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-20, Kelab Toastmasters Angkatan Zaman Mansang (AZAM) mengajak orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai salah satu daripada aktivitinya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Datu Aloysius Dris, kelab tersebut telah melalui pelbagai cabaran sejak ditubuhkan 20 tahun lepas.

“Kelab tersebut telah banyak membantu ahli AZAM dari pelbagai sudut termasuk membantu dalam projek serta amat menyerlah antara kelab-kelab lain

“Teruskan mengibar Jalur Gemilang bagi memeriahkan suasana serta anjurkan aktiviti-aktiviti yang mampu membawa kita ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Aloysius pada majlis makan malam sempena pelantikan ahli jawatankuasa baharu kelab untuk penggal 2013/2014 malam kelmarin.

Majlis bertemakan pesta itu bertujuan menyambut kejayaan dan pencapaian kelab tersebut sejak 20 tahun lalu.

Kelab Toastmasters AZAM merupakan Kelab Toastmasters kedua tertua di Kuching.

Aloysius turut memberitahu, Kelab Toastmasters AZAM mempunyai kemampuan untuk mencapai sesuatu objektif kerana ia memiliki kelebihan istimewa dari segi berinteraksi dengan cara yang unik menggunakan kepakaran setiap ahlinya.

Ahli jawatankuasa Kelab Toastmasters AZAM yang baharu terdiri daripada Rebecca D’Cruz (presiden), Donna Tan (naib presiden bahagian pendidikan), Diana Spenceer (naib presiden bahagian keahlian), Lesley White (naib presiden bahagian perhubungan awam), Noratirah Rambli (setiausaha), Susan Teal (bendahari) dan Alexandra John.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>