Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Sambutan terhadap Hari Kemerdekaan semakin suram

$
0
0

KUCHING: Kurang pemasangan bendera di kenderaan sudah jelas menunjukkan sambutan masyarakat terhadap Hari Kemerdekaan semakin suram.

Pesara tentera, Mohamad Abdul Rus M. Hassan berkata, sekitar tahun 80-an dan 90-an kebanyakan kenderaan di jalan raya penuh dengan pemasangan bendera namun sekarang jauh berbeza.

Menurutnya, keadaan itu sekali gus menunjukkan semangat menyambut Hari Kemerdekaan di kalangan masyarakat semakin luntur dari tahun ke tahun.

“Memang jauh berbeza sambutan masyarakat dalam menyambut Hari Kemerdekaan.

“Kalau dulu kenderaan penuh dengan pemasangan bendera namun sekarang amat berkurangan,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, masyarakat pelbagai kaum dan usia di Malaysia sepatutnya sedar tentang kepentingan menyambut Hari Kemerdekaan.

“Orang sekarang terutama generasi muda mungkin tidak mengerti maksud kesusahan yang dialami semasa dijajah dahulu.

“Pada ketika itu (dijajah), kita hidup terkongkong dan susah,” ujarnya.

Abdul Rus berkata, masyarakat tidak boleh hanya bergantung kepada kerajaan untuk menyambut Hari Kemerdekaan sebaliknya mencari alternatif sendiri termasuk membeli bendera.

“Kita tidak boleh hanya bergantung kepada kerajaan.

“Kalau kita sayang Malaysia, kita sendiri yang sepatutnya berusaha untuk menyambut Hari Kemerdekaan,” jelasnya.

Sementara itu, pesara polis, Johari Sulong,75, pula menjelaskan bahawa generasi muda sekarang mungkin menyambut Hari Kemerdekaan dengan pendekatan berbeza.

“Mungkin ada kalangan generasi muda yang mahu menyambut Hari Kemerdekaan namun dengan cara lain memandangkan sekarang zaman teknologi,” kata Johari.

Justeru katanya, generasi muda perlu disemai dengan semangat kemerdekaan semasa berada di sekolah.

“Pihak sekolah perlu memperbanyakkan program khas sempena Hari Kemerdekaan bagi menimbulkan kesedaran di kalangan mereka,” tambahnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>