Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Majlis Ramah-tamah Aidilfitri platform kukuh silaturahim

$
0
0

KUCHING: Majlis Ramah-tamah Aidilfitri bukan sahaja sebagai tempat untuk kita menjamu selera dengan pelbagai hidangan, sebaliknya ia adalah platfofm untuk kita lebih mengeratkan ikatan silaturahim antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama yang dianuti, kata Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak Syuaib Ahmad.

Menurutnya, majlis berkenaan adalah terbuka untuk semua kaum dan mereka berpeluang merasai dan menikmati pelbagai aktiviti sempena majlis tersebut.

Justeru, adalah menjadi harapan saya agar majlis yang dianjurkan ini akan memberi peluang kepada semua warga KEMAS untuk merapatkan ikatan silaturahim sambil menikmati juadah yang disediakan.

“Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah-tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Keluarga KEMAS Cawangan Sarawak di The Banquet,Kuching kelmarin.

Tambahnya, penganjuran majlis seumpamanya itu dapat memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.

Sementara itu, Syuaib berharap kakitangannya lebih efisien dan kreatif dalam menyumbang kepada nama baik jabatan melalui sikap toleransi, komitmen dan kerja berpasukan.

Turut hadir Penolong Pengarah KEMAS Negeri Sarawak (Pembangunan Desa) Langi Liban dan Joseph Unsong serta Presiden Persatuan Keluarga KEMAS Malaysia Latif Mat Said.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>