Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

80 peratus Penan di Baram sudah daftar dokumen diri

$
0
0

SEMATAN: Hampir 80 pe-ratus masyarakat Penan yang menetap di Baram sudah men-daftarkan dokumen pengenalan diri, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Berdasarkan peratusan itu, katanya, ada di kalangan pe-nempatan masyarakat itu yang mempunyai 100 peratus penduduk sudah mendaftar.

Beliau berkata, peningkatan bilangan masyarakat Penan yang didaftarkan banyak didorong usaha berterusan Unit Mobil Bergerak (UMB) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berusaha mengesan me-reka.

“Biarpun sukar untuk me-ngesan masyarakat Penan ke-rana tinggal secara nomad, namun UMB JPN tetap berusaha untuk mendaftarkan mereka.

“Selain didaftarkan, ada di kalangan mereka sudah diberi dokumen pengenalan diri se-perti sijil kelahiran dan kad pengenalan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Outreach Ber-sepadu Mobile Online 1JPN Bersama Pemimpin Masya-rakat, semalam.

Program itu menyaksikan sebanyak sembilan sijil kelahiran, tiga MyKid dan tiga MyKad diserahkan kepada penerima di Dewan Masya-rakat Sematan.

Sementara itu, Pengarah JPN Sarawak Datu Abu Bakar Mat berkata, pendaftaran sijil kelahiran sekarang boleh dilakukan secara atas talian dan di-cetak secara terus.

Bagaimanapun, menurut-nya, setakat ini mesin pendaftaran dan pencetak untuk pengeluaran sijil kelahiran hanya terdapat di Kuching.

Beliau menambah, sejak tahun 2004 JPN Sarawak telah menjalankan 445 operasi untuk mendaftarkan 42,000 orang di seluruh negeri.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>