Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Wenger mempertahankan polisi perpindahannya

$
0
0

LONDON, England: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mempertahankan polisi perpindahan beliau Selasa lepas dengan mengingatkan penyokong kelab yang berang tentang kejayaan kelab sebelum ini dan menggalakkan mereka untuk terus memberikan kepercayaan kepada skuad semasa.

Wenger dikritik oleh penyokong dan juga media kerana gagal membuat pembelian penting pada penutup musim dan tekanan itu sudah bertambah ekoran permulaan hambar Arsenal dalam kempen Liga Perdana Inggeris minggu lepas di mana mereka tewas 1-3 di tempat sendiri.

Kekalahan Sabtu lepas itu menyebabkan desakan dari Yayasan Penyokong Arsenal agar rundingan kontrak baharu dengan Wenger ditangguhkan walaupun kontrak Wenger berakhir pada akhir musim ini.

Menjelang perlawanan sukar kelayakan Liga Juara-Juara menentang kelab Turki, Fenerbahce di Istanbul, Wenger berkata sekarang bukan masa untuk berasa panik.

“Saya mahu menegaskan bahawa dalam 16 tahun terakhir, kami begitu berjaya dalam pasaran perpindahan,” kata beliau ketika memberitahu satu sidang media.

“Jika anda melihat pemain yang bermain esok (menentang Fenerbahce), mereka adalah pemain berkualiti dan anda tidak harus melupakannya.

” Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis memberitahu penyokong pada akhir musim lepas di mana kelab dari ibu kota London itu mempunyai kemampuan untuk bersaing mendapatkan pemain ternama tetapi setakat ini mereka hanya mendapatkan Yaya Sanogo, yang diperolehi tanpa yuran perpindahan dari Auxerre.

Media British sebelum Arsenal berminat mendapatkan penyerang antarabangsa Argentina, Gonzalo Higuain dari Real Madrid tetapi pemain itu memilih untuk berpindah ke Napoli di Itali, selain Wayne Rooney dari Manchester United dan juga gagal mendapatkan Luis Suarez dari Liverpool.

Liverpool menolak tawaran Wenger untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Uruguay dan menuduh Arsenal menghina kelab Anfield itu apabila membuat bidaan 40 juta dan satu pound, yang sepatutnya membolehkan kelab melaksanakan klausa pelepasan kontrak 40 juta pound. — Reuters


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>