Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all 47228 articles
Browse latest View live

Normah raikan kejayaan pada ulang tahun ke-26

$
0
0

KUCHING: Pusat Pakar Perubatan Normah (NMSC) meraikan ulang tahun ke-26 penubuhannya semalam untuk menghargai sumbangan pelbagai pihak ke arah kejayaannya pada hari ini.

Pengerusinya Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor berkata, sebagai hospital swasta pertama ditubuhkan di Sarawak pada tahun 1988, NMSC telah membangun dengan pesat dan memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“NMSC telah dibuka secara rasmi oleh bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 11 Ogos 1988 dan pesakit pertama dimasukkan pada 4 Julai 1988 adalah anak perempuan saya yang berjaya melahirkan bayinya yang dinamakan Normah.

“Sejak penubuhannya pada 1988, NMSC yang beroperasi di Petra Jaya, Kuching telah dianggap sebagai kemudahan penjagaan kesihatan terkemuka bagi penyampaian penjagaan berkualiti tinggi kepada pesakit di negeri ini.

“Pencapaian status berprestij bukan perkara mudah dan ia merupakan saat paling bermakna apabila NMSC dianugerahkan dengan pentauliahan penuh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) pada 2005 untuk tempoh tiga tahun.

“Sejak itu, NMSC telah ditauliahkan semula oleh MSQH setiap tiga tahun bagi pengesahan semula status sebagai penyedia penjagaan kesihatan berkualiti di rantau ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, Bujang mengumumkan bahawa NMSC merupakan hospital pertama di wilayah Borneo yang dianugerahkan pentauliahan antarabangsa daripada Joint Commission International (JCI), Amerika Syarikat untuk kali kedua.

Dengan pentauliahan kedua ini, menurut Bujang, NMSC kini menyertai kumpulan elit beberapa hospital terkemuka dunia yang melepasi standard kualiti klinikal ketat JCI.

“Ia adalah baik untuk mengetahui bahawa kita telah menepati jangkaan tertinggi sekali gus memastikan bahawa pesakit kita dirawat oleh doktor- doktor yang terbaik.

“Dengan pentauliahan ini, masyarakat kini mengetahui bahawa NMSC bukan sahaja telah diuji, malah dipercayai,” ujarnya.

Bercakap mengenai program semalam, Bujang berkata ia sebagai menghargai penaja, penderma dan penyumbang kepada hospital.

Justeru, beliau berharap warga dan pengunjung NMSC akan menikmati program yang diadakan semalam yang juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) NMSC.

Turut hadir Pengarah Perubatan NMSC Dr William Chau, Ketua Pegawai Eksekutif NMSC Datuk Dr Au Yong Kean Hoe dan ahli lembaga pengarah NMSC Datuk Stanley Hardin.

 


Keinginan untuk berjaya perlu tiga elemen penting

$
0
0

KUCHING: Keinginan untuk menjadi insan berjaya dalam kehidupan memerlukan tiga elemen yakni kemahiran, pendidikan dan keazaman kuat mengerjakan sesuatu agar tercapai apa yang dihajati.

Demikian pesan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcolm Mussen Lamoh yang berkata, kejayaan tidak datang bergolek tetapi dilakukan secara konsisten dan penuh berdisiplin.

“Tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh berjaya dalam pendidikan dan kerjaya, anda cuma perlu kuat berusaha untuk mengubah tabiat, sikap dan tingkah laku diri sendiri dahulu, sebelum mendapat apa yang diinginkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan, Liwan Lagang pada Jerayawara Pendidikan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) yang dianjurkan bersama Pemuda PRS dan Eastern Mall di Siburan, semalam.

Sementara itu, wakil Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Robin C. Phang berkata masa depan yang cerah bermula dengan pendidikan yang cukup kerana tanpanya, hidup seseorang tidak lengkap.

Justeru, jerayawara pendidikan yang berakhir hari ini memberi pendedahan pendidikan lanjutan kepada lepasan sekolah menengah khususnya.

PPKS yang ditubuhkan sejak 20 tahun lepas telah berjaya melatih lebih 40,000 pelajar di seluruh negeri dalam bidang teknikal dan kemahiran.

Turut hadir Timbalan Pengarah Eksekutif (Latihan dan Pendidikan) PPKS, Mohd Isham Fauzi dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Sih Hua Tong.

Masyarakat Nelayan Bersatu Sibuti III grabs CM Challenge Trophy in paddling race

$
0
0

Assistant Minister of Public Utilities (Water Supply) Datuk Sylvester Entri Muran presenting the Chief Minister Challenge Trophy to a representative from The Masyarakat Nelayan Bersatu Sibuti.

MARUDI: The Masyarakat Nelayan Bersatu Sibuti III emerged as champion in the Chief Minister Challenge Trophy for the unlimited traditional paddling race category at the Baram Regatta here yesterday.

The team took home RM2,700 in cash and the challenge trophy.

Second place went to Panglima Telang Usan who received RM2,400 cash and trophy while third place went to Uma Kahei Lakin Belaga who took home RM2,100 and also a trophy.

Meanwhile, for the Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang Trophy, Uma Kahin Lakin Belaga finished first, while Anak Murai 1 Belaga finished second.

Another Belaga team – Lajong Lakin Belaga – came in third.

As champion, Uma Kahin Lakin Belaga received RM 2,250 while Anak Murai 1 Belaga took home RM 2,000.

Lajong Lakin Belaga received RM 1,750.

All winning teams also received a trophy each.

Sixteen trophies were up for grabs on the second day of the boat and paddling race event here yesterday.

Pemuda BN Sarawak akan kekal empat, tegas Fadillah

$
0
0

KUCHING: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak akan menerima komponen pemuda dari parti lain melainkan empat parti komponen BN yang sedia ada.

Ketua Pemuda BN Sarawak Datuk Fadillah Yusuf menegaskan, BN Sarawak di peringkat Pemuda terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

“Inilah komponen Pemuda BN Sarawak, terdiri daripada empat parti komponen sedia ada iaitu PBB, SUPP, PRS dan SPDP dan ia akan kekal seperti ini.

“Bagi mereka yang telah keluar dari komponen, kita kena terima hakikat tetapi kepimpinan yang ada ketika ini perlu memastikan bukan sahaja keahlian dikekalkan, malah semakin bertambah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Tertinggi Pemuda PBB dan BN Negeri di sebuah hotel di sini semalam.

Fadillah yang juga Ketua Pemuda PBB juga tidak menafikan bahawa Pemuda BN Negeri sedikit terjejas susulan penubuhan dua parti baharu iaitu Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Bagaimanapun, katanya, ia tidak melumpuhkan jentera Pemuda, malah menguatkan lagi semangat jentera untuk bekerja dengan lebih gigih.

“Sekarang kita kena atur gerakan untuk memastikan sokongan kepada BN tidak terjejas dan menguatkan empat komponen yang ada ini,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, jentera Pemuda BN negeri akan mengadakan satu sesi perjumpaan melibatkan kepimpinan tertinggi dari semua komponen Pemuda BN, awal September depan di Miri.

Perjumpaan tersebut, menurut Fadillah, adalah bagi membincangkan isu berhubung kait dengan kepentingan pemuda dan belia Sarawak.

“Hasil perjumpaan itu nanti jentera Pemuda BN turut mempunyai perancangan untuk mengadakan perhimpunan melibatkan Pemuda BN di peringkat kebangsaan pada awal tahun depan.

“Cadangan awalnya juga di Miri yang mana akan menghimpunkan semua komponen BN di seluruh negara untuk melihat bagaimana isu melibatkan pemuda dapat diselesaikan dan ditangani sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan,” ujarnya.

TYT serikan majlis Makan Tahun Perdana Kampung Pejuang Kelulit

$
0
0

Oleh Steve Annuar

 

PENUH HORMAT: Ketibaan TYT disambut mesra oleh penduduk Bekenu.

TUAN Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hadir pada majlis Makan Tahun Perdana di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu pada 16 Ogos lepas.

Beliau turut diberi penghormatan untuk merasmikan buku kamus daftar kata bahasa Kedayan yang mendapat kerjasama Persatuan Kedayan Sibuti dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Sarawak selaku Penasihat Persatuan Kedayan Sibuti, Rosey Yunus memberitahu, majlis adalah yang keempat dianjurkan di kampung tersebut.

ISTIMEWA: Taib menerima cenderahati daripada ketua-ketua kaum disaksikan oleh Tengah, Asfia dan Ahmad Lai.

Pada tahun lalu, kampung tersebut pernah menjuarai Anugerah Desa Cemerlang Sarawak dan Kampung Harapan Kebangsaan.

Dianggarkan lebih 3,000 penduduk dari sekitar Bekenu hadir pada majlis tersebut yang dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti memperkenalkan kebudayaan masyarakat kaum Kedayan.

Hadir sama ialah Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan selaku Penaung Persatuan Kedayan Sibuti, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Ripin Lamat selaku Pengerusi Persatuan Kedayan Sibuti dan Residen Miri Antonio Kahti Galis.

BAKAT MUDA: Persembahan daripada kumpulan tarian Warisan Seni Kampung Padang Kelulit Sibuti.

TRADISI: Pertunjukan permainan gasing turut mengisi acara Makan Tahun Perdana di Kampung Pejuang Kelulit Bekenu, baru-baru ini.

 

Kementerian nafi MPOB diskriminasi pekebun kecil kelapa sawit di Sarawak

$
0
0

KUCHING: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menafikan dakwaan bahawa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang mendiskriminasikan pekebun kecil kelapa sawit di Sarawak.

Menjawab laporan The Borneo Post pada Jumaat lepas yang bertajuk ‘Protesters unhappy over ‘unfair’ directive from MPOB,’ jurucakap kementerian memberitahu tugas-tugas MPOB termasuk membantu serta memudahkan penyertaan pekebun kecil dan pembangunan dalam industri minyak sawit.

“Ini termasuk menyediakan geran dan bantuan dalam penanaman kelapa sawit, dan juga aktiviti ‘outreach’ untuk meningkatkan produktiviti pekebun kecil melalui penempatan pegawai-pegawai Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS), di mana pada masa ini kira-kira 40 orang pegawai ditempatkan di Sarawak termasuk Kota Samarahan.

“Sebagai tambahan, industri kelapa sawit telah menyumbang secara signifikan ke arah meningkatkan tahap pendapatan pekebun kecil di luar bandar,” katanya menerusi kenyataan menerusi e-mel kepada media, semalam.

Mengenai keperluan pelesenan, jurucakap itu menjelaskan, memandangkan minyak sawit adalah tanaman makanan, maka MPOB perlu memastikan ia mudah dikesan melalui sistem pelesenan.

Sistem pelesenan yang sedang dijalankan turut memastikan buah tandan segar (BTS) dituai dari kawasan berlesen secara sah, katanya.

“Dalam konteks ini, di Sarawak sejak 2013 hingga Julai 2014, terdapat 304 laporan polis diterima berhubung kecurian BTS.

“Bagi menangani isu kenaikan kes curi BTS, MPOB mengukuhkan penguatkuasaan dan meminta kerjasama daripada ladang-ladang untuk memantapkan keselamatan.

“Berdasarkan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan MPOB, didapati 12 kes bekalan BTS tidak disahkan ke kilang dan peniaga-peniaga di Sarawak. Oleh itu, MPOB meminta pengilang dan peniaga untuk menyediakan bukti bekalan mereka,” katanya lagi.

Khamis lepas, lebih 100 orang rata-ratanya Iban Remun dari Kampung Lebor mengadakan bantahan di hadapan pejabat MPOB Cawangan Kota Samarahan di Serian untuk meminta penjelasan punca lesen milik kampung itu, Koperasi Lebor Baru Serian Bhd digantung.

Mereka membawa sepanduk yang mencerminkan kekecewaan terhadap MPOB kerana mengetepikan hak serta peluang menjual BTS.

Salah seorang penunjuk perasaan turut membawa sebuah lori padat dengan muatan BTS bagi membuktikannya.

Mengenai penggantungan lesen itu, jurucakap kementerian mengesahkan surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada ketua koperasi, Jengga Jeli sambil menjelaskan, pengeluaran surat itu adalah berdasarkan bukti dikumpul oleh MPOB yang menunjukkan kuantiti BTS dijual melebihi produktiviti kawasan tanaman.

“Selain itu, kita turut menerima aduan daripada TH Pelita Gedong berhubung kecurian BTS.

“MPOB selaku badan pengawal industri perlu memastikan pematuhan kepada peraturan dan berdasarkan Akta MPOB 582, iaitu keperluan untuk menyiasat sebarang penyelewengan pada asas aduan dibuat.

“Untuk itu, surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada Encik Jengga anak Jeli adalah untuk meminta maklumat tambahan berhubung dakwaan kecurian 6.930 tan BTS pada 16 Julai yang dicuri dari Ladang TH Pelita Gedong dan kemudian dijual kepada Tetangga Akrab Palm Oil Mill Sdn Bhd,” jelasnya lagi.

Jengga, dalam laporan akhbar pada Selasa lepas menegaskan mahkamah memutuskan tanah itu milik mereka, maka tidak ada sebab untuk MPOB menuduh mereka mencuri BTS dari tanah sendiri.

Pada 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) adalah milik penduduk-penduduk Kampung Lebor, maka syarikat itu (TH Pelita) adalah menceroboh. Mahkamah Rayuan turut memperakui keputusan Mahkamah Tinggi.

Ia juga mendakwa penduduk kampung mempunyai hak untuk menuai kira-kira 300 hektar kawasan perladangan ekoran perintah persetujuan yang dibuat di mahkamah antara pemilik-pemilik tanah NCR dan syarikat tersebut.

TH patut timbang tambah kuota jemaah haji Sarawak

$
0
0

KUCHING: Tabung Haji (TH) sepatutnya mempertimbangkan untuk menambah kuota jemaah haji dari Sarawak yang semakin berkurangan disebabkan sistem pengiraan secara ‘siapa cepat dia dapat’ yang dilaksanakan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, secara asasnya Sarawak yang memiliki 2.5 juta penduduk sepatutnya diberikan kuota 2,500 jemaah haji.

Bagaimanapun, menurutnya, setiap tahun kuota jemaah haji yang ditetapkan untuk Sarawak kurang daripada 1,000 orang dan TH perlu mengkaji balik penetapan kuota.

“Adalah tidak adil untuk umat Islam di Sarawak sekiranya kuota jemaah haji ditetapkan setiap tahun hanya dalam lingkungan 600 hingga 700 orang.

“Kita tidak meminta kuota yang banyak, kalau boleh biar kuota jemaah haji Sarawak ditetapkan 1,000 orang setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Sarawak Musim Haji 1435H/2014M di Pusat Penerangan Islam semalam.

Pada tahun ini, Daud menjelaskan, kuota jemaah haji untuk Sarawak hanya 628 orang, berkurangan berbanding 668 orang pada tahun lepas.

Berdasarkan statistik dari tahun 2010 hingga 2012, bilangan jemaah haji dari Sarawak semakin berkurangan iaitu 1,700 orang pada 2010, 899 orang (2011) dan 701 orang (2012).

“Saya berharap TH mempertimbangkan permohonan kita ini agar lebih ramai umat Islam di Sarawak dapat menunaikan ibadah haji setiap tahun,” ujarnya.

Sejak 2009 hingga 15 April 2014 seramai 40,115 orang dari Sarawak mendaftar haji masih belum menunaikan ibadah haji.

Bagaimanapun, Daud tetap memuji komitmen yang ditunjukkan TH dalam menjaga kebajikan jemaah haji setiap tahun.

“Sejak penubuhannya banyak perkara telah dilaksanakan TH dalam usaha memberi kemudahan dan keselesaan kepada jemaah haji negara,” jelasnya.

Seramai 451 bakal jemaah haji mengikuti Kursus Perdana Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Sarawak Musim Haji 1435H/2014M yang berlangsung dua hari dari 23 hingga 24 Ogos.

Hadir sama Mufti Negeri Datu Kipli Yassin, Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH Adi Azuan Abdul Ghani, Yang Di pertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, Ahli Penasihat Haji TH Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi dan Pengarah Negeri TH Hamid Awang.

DAP Sarawak cuba gagalkan rundingan royalti minyak, gas

$
0
0

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak didakwa cuba mengagalkan rundingan royalti minyak dan gas antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan apabila Pengerusinya, Chong Chieng Jen baru-baru ini berkata ekuiti 10 peratus dalam MLNG 4 ditawarkan Petronas kepada Sarawak bukan satu pencapaian yang membanggakan.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, DAP lebih gemar jika rundingan untuk menambah royalti 20 peratus berbanding lima peratus pada masa sekarang gagal.

“Jelas menerusi kenyataan sedemikian, DAP mahu menjejaskan perbincangan antara kerajaan negeri dan Petronas dan mereka ingin memastikan ia tidak berjaya kerana ia akan membawa manfaat kepada rakyat Sarawak.

“Dan dengan jelas ia akan membawa sokongan yang lebih baik kepada Barisan Nasional dan menghalang (projek) Impian Sarawak mereka,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Pada malam Selasa lepas, Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem  mengumumkan Petronas menawarkan ekuiti 10 peratus dalam MLNG 4 kepada Sarawak.

Susulan itu, Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata orang ramai tidak wajar keliru antara ekuiti dan tuntutan royalti minyak dan gas 20 peratus.

Katanya, tiada kejutan dalam penawaran itu kerana sebelum ini Sarawak ditawarkan saham lima peratus untuk MLNG 1 dan 10 peratus masing-masingnya untuk MLNG 2 dan MLNG 3.

Dewan Undangan Negeri pada Mei lalu meluluskan usul untuk menuntut kenaikan royalti minyak kepada 20 peratus berbanding lima peratus pada masa sekarang.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa Chong menghentikan segala kenyataan negatif mengenai tawaran pegangan 10 peratus kepada Sarawak dalam MLNG 4.

Menteri Muda Perumahan itu menegaskan tindakan tersebut hanya menjejaskan rundingan yang dilakukan antara kerajaan negeri, Petronas dan kerajaan persekutuan.

Jelasnya, tawaran 10 peratus pegangan dalam MLNG 4 yang diumumkan Ketua Menteri baru-baru ini merupakan antara hasil rundingan daripada beberapa rundingan yang masih lagi dijalankan.

“Ia tidak terhenti di situ sahaja, kerajaan negeri akan meneruskan rundingan demi rundingan untuk mendapatkan bayaran royalti minyak dan gas 20 peratus daripada kerajaan pusat,” katanya.


Wanita diragut depan pejabat

$
0
0

KUCHING: Permulaan hari yang menye­dihkan bagi seorang wanita yang baharu tiba di pejabatnya apabila dia diragut dua lelaki di Pending di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa 40-an, sema­sa kejadian baharu melangkah keluar dari kereta dan berjalan menuju ke pejabatnya yang terletak hanya beberapa meter di hadapannya sekitar jam 7 pagi.

Difahamkan, dua lelaki tidak dike­nali menaiki sebuah motosikal telah mendekatinya sebelum seorang dari­padanya bertindak meragut beg tangan­nya.

“Mangsa yang masih terpinga-pinga se­lepas beg tangannya diragut, tidak sempat untuk membuat apa-apa dan kedua-dua suspek terus melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber.

Antara yang terkandung di dalam beg tangan mangsa ialah wang tunai RM300, telefon pintar dan beberapa dokumen peribadi.

Mangsa kemudian dikatakan telah pergi ke balai polis berhampiran untuk melaporkan mengenai insiden tersebut.

Lelaki nyaris maut, kenderaan terbabas ke curam setinggi 10 meter

$
0
0

KUCHING: Seorang lelaki terselamat dari mengalami se­barang kecederaan sungguh­pun pikap yang dipandunya terbabas ke curam setinggi 10 meter di Batu 29, Jalan Kuch­ing-Serian semalam.

Difahamkan, mangsa yang tidak diketahui identitinya itu semasa kejadian dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah Serian sekitar jam 4 pagi.

Bagaimanapun, semasa tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan gagal mengawal pikap terbabit lalu terbabas ke dalam curam berdekatan Kampung Panchor.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan dan dia sendiri yang naik semula ke jalan raya, seter­usnya meminta pertolongan dari pengguna jalan raya yang lain untuk menghantarnya pulang.

“Pagi tadi (semalam) baharu dia datang semula ke tempat kejadian untuk menguruskan mengenai kemalangan terse­but,” kata sumber.

SMK SHOAW juara ragbi Festival Kuching

$
0
0

KUCHING: Sekolah Menen-gah Kebangsaan (SMK) Ag-ama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) buat julung kalinya menjuarai Fes-tival Ragbi Bawah 15 Tahun sempena Festival Kuching selepas menumpaskan Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah.

SHOAW yang menjuarai perlawanan tumpuan apabila menewaskan pasukan lawan dengan 12-7 selepas pada mulanya ketinggalan apa-bila pasukan Kolej Abdillah memulakan skor pada masa pertama.

Bagaimanapun, SHOAW bangkit pada masa kedua dengan tujuh mata sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan seri 7-7 dan menam-bah skor lima mata pada masa tambahan.

Perlawanan yang diadakan di Padang Ragbi Song Kheng Hai itu menyaksikan 10 buah sekolah menengah lain dari Kota Samarahan, Kuching dan Matang turut bersaing dalam pelbagai kategori.

Majlis penyampaian hadiah kejohanan anjuran bersama Majis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) disempur-nakan oleh Menteri Muda Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pengerusi Pengelola Festival Kuching Karnival, Sufian At-eng serta wakil MBKS.

Dalam ucapannya, Abdul Karim mahu agar lebih banyak aktiviti sedemikian dianjur-kan khasnya kalangan anak muda dan belia yang bukan sahaja membawa kebaikan tetapi memartabatkan sukan itu sendiri serta meningkatkan disiplin mereka.

“Kita berharap sukan sep-erti ini dapat mencungkil ban-yak bakat baharu agar dapat dibawa ke peringkat lebih tinggi dan pada masa yang sama lebih mendisiplinkan mereka.

“Malah, mampu menger-atkan silaturahim kalangan pelajar dan pasukan yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Sufian mem-beritahu program berkenaan adalah anjuran tahunan sem-pena Festival Kuching.

“Ia bagi bukan sahaja untuk menyerlahkan bakat-bakat muda tetapi penting mewu-judkan semangat berpasukan di kalangan pemain,” ka-tanya.

 

Ngap Sayot ‘tenggelam’

$
0
0

SEKAT: Pemain Kedah (kanan) cuba menyekat pergerakan Ryan untuk melakukan serangan pada aksi Piala Malaysia 2014 di Kuching malam tadi.

Gagal menyaingi Kedah meskipun beraksi menarik di laman sendiri

Oleh Harry Illias //

KUCHING: Sarawak kem-punan melakarkan keme-nangan apabila tewas tipis 2-1 di pangkuan Kedah pada aksi Piala Malaysia 2014 di Stadium Negeri di sini malam tadi.

 Beraksi di kandang send-iri, skuad Ngap Sayot nam-pak garang pada awal babak apabila melancarkan seran-gan bertali arus ke kubu Sang Kenari.

Ketua pasukan, Joseph Kalang Tie melakukan ujian awal ke gawang Kedah pada minit ke-11 namun bola rembatannya dari luar ka-wasan penalti agak sipi.

Anak-anak buah Robert Alberts terus melakukan asakan dengan percubaan baik menerusi tandukan oleh pemain import, Gabor Gyepes pada minit ke-16 namun ditangkap kemas oleh penjaga gol pasukan pelawat.

Bagaimanapun, Kedah sekali-sekala melancarkan serangan berjaya men-embusi gawang Sarawak dengan jaringan pada minit ke-30 hasil sentuhan Muhd Farhan Roslan setelah menerima hantaran cantik Nam Kung Woong.

Babak pertama, Sarawak ketinggalan 1-0 kepada pasukan pelawat memaksa Alberts memerah otak merencana strategi ampuh untuk anak-anak buah-nya melakukan sesuatu terbaik bagi menggembi-rakan ribuan penyokong setianya.

Percaturan Alberts nyata berbisa apabila penyerang import, Ryan Alan Grif-fiths menjaringkan gol pen-yamaan pada minit ketiga babak kedua hasil umpanan cantik S Chanturu.

Minit ke-61, Sarawak hampir-hampir menghasil-kan jaringan apabila Rashid Aya melakukan tandukan padu yang tersasar sedikit di pintu gol kedah.

Sebelum wisel penamat dibunyikan pengadil, Ke-dah menghukum Sarawak dengan jaringan keme-nangan oleh Billy Osman Mehmet.

Kekalahan itu ternyata menyentap semangat Ngap Sayot untuk bersaing mer-ebut tempat dua pasukan ke peringkat suku akhir.

Bagaimanapun, Sarawak perlu melangsaikan kes-emua baki tiga perlawanan timbal-balik Kumpulan B yang akan bermula Rabu ini.

Sarawak kini kekal den-gan tiga mata hasil satu ke-menangan menentang Ter-engganu di tempat sendiri pada aksi pembukaan.

Skuad Ngap Sayot akan berkunjung ke Alor Setar, Rabu ini (27 Ogos) untuk membuat perhitungan tim-bal-balik dengan Kedah se-belum melayan kunjungan Perak di Stadium Negeri Kuching pada 30 Ogos (Sabtu) depan.

 

Kelemahan selesai masalah perbandaran punca Abdul Khalid perlu lepas jawatan

$
0
0

SHAH ALAM: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelemahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menangani masalah perbandaran di Selangor merupakan sebab utama beliau perlu melepaskan jawatan sebagai menteri besar.

Beliau berkata pihaknya mendapat pelbagai aduan daripada rakyat Selangor termasuk peniaga berhubung masalah itu yang menurutnya sehingga kini gagal diselesaikan.

“(Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) sebagai ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Kajang setiap hari dia dengar pelbagai aduan mengenai sampah dan longkang kotor.

“Disebabkan itu ada kawan-kawan kita di Selangor termasuk peniaga meminta kita melakukan perubahan (tukar menteri besar) dan ada juga yang dah bertahun-tahun minta kita buat perubahan ini,” katanya ketika berucap pada sesi penangguhan Kongres Nasional PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini, semalam.

Anwar dalam pada itu turut memuji keperibadian Abdul Khalid yang disifatkan sebagai telus dan ikhlas dalam mentadbir Selangor.

Selain itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor menyokong ketelusan Abdul Khalid yang tidak menggunakan peruntukan kerajaan negeri untuk kepentingan parti.

“Melalui hubungan peribadi, saya juga lihat kebaikan dan keikhlasannya (sebagai menteri besar),” katanya.

Kelmarin, Abdul Khalid berkata beliau akan mengumumkan tarikh untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin ini bagi membincangkan dan mendapat nasihat berhubung krisis pentadbiran di negeri itu. — Bernama

Shabery Cheek luang masa lawat bekas editor Bernama Ali Mamat

$
0
0

DUNGUN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam menziarahi bekas Editor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ali Mamat, yang kini terlantar akibat penyakit barah hati kronik, di kediamannya di sini.

Ahmad Shabery berkata walaupun secara rasminya Ali, 63, tidak lagi bertugas dengan Bernama, tetapi beliau percaya seseorang wartawan itu tetap menjadi wartawan buat selama-lamanya, berikutan caranya berfikir dan melihat pada sesuatu perspektif,

“Saya sukacita apabila melihat beliau sebagai seorang wartawan yang aktif, bukan saja dalam dunia kewartawanannya, tetapi telah membuat liputan merentasi sempadan negara di serata dunia dan sering membawa buah fikiran yang diperoleh itu untuk dikembangkan di daerahnya,” katanya.

Ahmad Shabery, yang diiringi Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Biro Bernama Terengganu Amrizan Madian, terkejut dan melahirkan rasa kagum apabila melihat tulisan yang dilakarkan Ali pada dinding kamarnya yang dianggap berkonsepkan ‘Writing On The Wall’.

“Ali mencatatkan di dinding kamarnya dengan konsep ‘Writing On The Wall’, sebagai sebahagian daripada diarinya yang berkisar tentang hobi memancing misalnya, yang menjadi bahan ingatan kepada beliau dan keluarganya sampai bila-bila.

“Itulah konsep Wall (sebagaimana wall di Facebook) untuk menyatakan status mengenai alam, mengenai pasang surut air, kehidupan ikan dan sebagainya yang begitu bermakna sekali,” katanya.

Sementara itu isteri pertama Ali, Maimun Yahaya, 55, berkata sejak tiga empat hari kebelakangan ini suaminya itu semakin lemah dan kurang bercakap.

“Beliau (Ali) sudah tidak mampu lagi bercakap dan mengurus dirinya dan semua pergerakan dan keperluannya dibantu keluarga,” kata Maimun, yang turut ditemani madunya, Aini Abdullah, 40.

Selepas bersara daripada perkhidmatannya pada Februari 2007, Ali berpindah ke kampung halamannya di sini.

Ali yang menghidap pelbagai penyakit seperti barah hati, darah tinggi, kencing manis dan pendarahan kecil pada otaknya, sering mendapatkan rawatan di Hospital Dungun dan Hospital Sultanah Nur Zahirah. — Bernama

Pihak yang mempertikai istiadat penghormatan ada agenda tertentu

$
0
0

IPOH: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pihak menuduh kononnya kerajaan menidakkan jasa perwira Lahad Datu dengan mengadakan istiadat penghormatan dan perkabungan negara bagi mangsa tragedi MH17, mempunyai agenda tertentu.

Beliau berkata pihak berkenaan juga dilihat bersikap mengadu domba dan rakus dengan mempertikaikan istiadat tersebut serta tidak mempunyai sifat pertimbangan perikemanusiaan.

“Keluarga perwira Lahad Datu tahu apa yang kerajaan lakukan untuk membela dan memberi penghomatan kepada mereka yang terkorban…(tuduhan itu) tidak serius sangat tetapi ia cuba melaga-lagakan mengenai layanan kerajaan terhadap perwira Lahad Datu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Ipoh Timor di sini semalam.

Pingat Kedaulatan Negara diwujudkan khas untuk perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas yang direka khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

“Bagaimana kita menguruskan jenazah perwira yang terkorban, (wakil) kerajaan turun berjumpa keluarga mereka yang ketika itu diselubungi kesedihan, saya sendiri juga berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga terus meningkatkan kawalan keselamatan dan pemantauan di perairan pantai timur Sabah termasuk Lahad Datu bagi memastikan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu tidak berulang.

Hishammuddin menegaskan perbuatan mempertikaikan usaha kerajaan dalam memberi penghormatan sama ada kepada mangsa tragedi pesawat MH17 dan perwira Lahad Datu perlu dihentikan.

“Kalau kita tidak beri penjelasan, ia akan terbawa-bawa dalam media sosial.

Mereka tidak tahu apa yang berlaku. Akhirnya perkara baik yang kita lakukan, yang diiktiraf dunia pada Jumaat lepas akan tenggelam,” katanya.

Menurutnya daripada maklum balas yang diterima termasuk media antarabangsa dan kedutaan-kedutaan negara luar, istiadat penghormatan dan perkabungan negara telah dilaksanakan dengan berjaya dan penuh tertib.

“Ia tidak terlalu ringkas, tetapi ia cukup sempurna,” katanya.

Berhubung kenyataan pemimpin PKR yang menyifatkan anggota tentera terlibat dalam istiadat penghormatan Jumaat lepas seperti hamba abdi, Hishammuddin berkata sebenarnya anggota berkenaan merasakan telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan upacara itu.

Beliau berkata setiap anggota tentera terlibat yang ditemuinya menyatakan penglibatan mereka dalam istiadat itu adalah satu penghormatan.

“Itu satu kenyataan yang dilihat boleh mencetuskan kemarahan daripada pihak tentera…suara seorang, dua ini jangan diendahkan, mungkin ada kekosongan dalam jiwa mereka sendiri, mereka ini tidak akan menentukan maruah anggota tentera Malaysia,” tegasnya.

Portal berita kelmarin melaporkan perwakilan PKR dari Perak Laksamana (B) Imran Abdul Hamid mempertikaikan penggunaan anggota tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat MH17 dan menurutnya tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah.

Ketika membahaskan usul pada Kongres Nasional PKR Ke-10 di Shah Alam, Selangor, Imran yang juga anggota Parlimen Lumut berkata, pihak tentera digunakan secara “berlebih-lebih” seperti hamba abdi dalam upacara perkabungan seluruh negara Jumaat lepas.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. — Bernama


Kerajaan terima dengan terbuka teguran Dr M

$
0
0

PERMATANG PAUH: Kerajaan menerima dengan terbuka semua teguran dan isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata apa sahaja yang disebut oleh bekas perdana menteri itu dilihat sebagai satu teguran dan nasihat untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi lebih baik.

“Kita terima ini adalah nasihat daripada bekas pemimpin kita yang amat kita hormati, dan oleh itu apa sahaja yang disebut oleh beliau itu kita berikan perhatian dan kita ucapkan terima kasih di atas teguran-teguran yang telah pun beliau buat terhadap pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan juga isu-isu yang telah dibangkitkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Permatang Pauh di sini semalam.

Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.

Dr Mahathir berkata berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu.

Muhyiddin berkata sebahagian besar daripada apa yang berlaku dalam kerajaan adalah hasil daripada perbincangan bersama sebelum ia diputuskan oleh perdana menteri atau kerajaan.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya dapati Datuk Seri Najib mengamalkan sikap terbuka, bersedia terima komen dan pandangan-pandangan,” katanya sambil menyatakan turut terkesan dengan kritikan Dr Mahathir kerana dasar-dasar kerajaan digubal secara bersama.

Sambil memberi contoh penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memberi implikasi besar dalam soal keselamatan, Muhyiddin berkata terdapat teguran Dr Mahathir yang memerlukan kerajaan menilai semula langkah-langkah yang diambil dan memperbaiki keadaan.

“Proses penambahbaikan sedang berjalan, baik daripada soal pelan ekonomi, transformasi, hal berkaitan kaum dan sokongan masyarakat kepada kerajaan, semuanya kita nilai bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga oleh parti.

“Saya sebagai Timbalan Presiden UMNO mengambil perhatian tentang perkara itu…jadi kita harap Tun akan terus bersama-sama dengan kita memberikan pandangan yang membina,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap perdana menteri diberi ruang dan peluang untuk terus menerajui negara kerana cabaran yang dihadapi kini adalah lebih besar dan perlu ditangani bersama.

“Keadaan pada masa ini telah banyak berubah dan kerajaan perlu lebih prihatin dengan pandangan masyarakat yang kini lebih terdedah kepada media sosial dan berasa bebas untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka…oleh itu sokongan setiap pemimpin terdahulu adalah amat dihargai,” katanya.

Muhyiddin percaya Dr Mahathir terlalu sayangkan UMNO dan Barisan Nasional dan mahu parti terus unggul dan mempertahankan kedudukan kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada terdapat pihak yang mengambil kesempatan daripada teguran Dr Mahathir untuk melaga-lagakan kepimpinan kerajaan, Timbalan Perdana Menteri berkata: “Pastinya bila dah ada teguran Tun semua orang pandang serius…jadi pastinya ada reaksi tapi harapan kita supaya ia tidak akan menjadi satu perkara yang boleh memecahbelahkan”.

Beliau berkata teguran yang dibuat oleh Dr Mahathir itu mungkin memberi hikmah yang boleh mengukuhkan parti supaya UMNO terus dihormati. — Bernama

Penerbangan paling sukar, namun ‘dimudahkan’

$
0
0

SEPANG: Ketua Juruterbang Datuk Kapten Missman Leham menyifatkan tugasan membawa pulang 20 jenazah tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang tiba di tanah air pada Jumaat lepas adalah ‘penerbangan paling sukar’ baginya sejak menyertai MAS 33 tahun lalu.

Missman berkata penerbangan selama 12 jam itu juga merupakan penerbangan paling emosi buatnya kerana beliau tahu siapakah ‘penumpang’ istimewa pesawat khas MH6129 selain mengenali secara peribadi sebahagian mereka.

“Dua, tiga hari sebelum berlepas sudah rasa sedih, sebab kita tahu ini penerbangan paling penting dan dinantikan ramai, khususnya kepada waris mangsa,” katanya semasa ditemui selepas istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, semalam.

Bagaimanapun, Missman bersyukur kerana penerbangan yang membawa 20 jenazah itu dimudahkan, bukan sahaja dari sudut cuaca yang baik, namun mendapat kerjasama daripada semua negara yang dilaluinya.

Katanya setiap negara yang dilalui memberi penghormatan tinggi kerana mengetahui pesawat itu membawa muatan penting.

“Contohnya seperti di Iran. Lazimnya apabila melintasi negera itu, mereka akan meminta ‘entry number’ tetapi kali ini awal-awal lagi mereka sudah maklumkan kita.

“Mereka beritahu tidak perlu entry number, pesawat boleh teruskan penerbangan. Mereka selalunya begitu tegas dalam hal ini,” katanya.

Mengimbas kenangan mengemudikan pesawat itu, Missman berkata beliau tidak putus-putus menyedekahkan al-Fatihah kepada mangsa beragama Islam dan bertafakur untuk agama lain.

“Sebelum memulakan penerbangan, saya sempat ‘berjumpa’ dengan mereka (jenazah). Saya cakap kepada Hakimi (pembantu juruterbang MH17 Ahmad Hakimi Hanapi) dan rakan-rakan, kami akan bawa kamu balik. Kamu akan berjumpa dengan orang yang dikasihi,” katanya.

Pada penerbangan itu, Missman dibantu Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid serta pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.

Ditanya apakah yang menyebabkan beliau dipilih untuk memikul tanggungjawab itu, Missman berkata ia berkemungkinan kerana MAS mahu juruterbang senior untuk mengemudi pesawat itu.

Sejak diarahkan, Missman tidak putus-putus berdoa supaya penerbangan itu berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah.

“Alhamdulillah, doa itu dimakbulkan,” katanya.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Seramai 43 rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden itu. — Bernama

Mohd Sadiq tahan sebak usung keranda bapa saudara pupu

$
0
0

SEPANG: Lans Koperal Mohd Sadiq Zakariah menggagahkan diri menahan sebak mengusung jenazah bapa saudara pupunya, penyelia penerbangan kabin Mohd Ghafar Abu Bakar kerana tidak mahu ‘mencacatkan’ perjalanan istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17.

Mohd Sadiq berulang kali mengingatkan diri bahawa kegagalan menahan diri akan menghilangan kepercayaan kepadanya, memandangkan beliau sendiri membuat permohonan supaya dibenarkan untuk mengusung Mohd Ghafar.

“Sejak diberitahu bahawa pak cik salah seorang yang meninggal, saya memasang niat untuk mengusung jenazahnya.

“Bagaimana saya boleh biarkan orang lain mengusung, sedangkan peluang ada di hadapan saya untuk berbuat demikian,” katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas istiadat itu di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, semalam.

Anggota tentera daripada Unit Istiadat 1 Regimen Askar Melayu Diraja itu berkata ia juga merupakan jasa terakhir yang boleh disumbangkan kepada keluarga arwah, meskipun beliau tidak begitu rapat dengan Mohd Ghafar.

Tambahnya Mohd Ghafar bersaudara dengan ibunya Bariyah Othman, dan pernah bersekolah agama dengan bapanya Zakariah Abd Rahim dan juga rakan sekolah bapa saudaranya Khabir Othman. — Bernama

Abu mendiang pensyarah UMS disimpan di Pusat Xiao En Bereavement Cheras

$
0
0

KUALA LUMPUR: Abu mendiang pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ng Shi Ing, mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dibawa pulang ke tanah air semalam, disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Cheras.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Pemasaran Pusat Xiao En, Sally Tan berkata, abu mendiang Ng akan disimpan bersama-sama abu adik perempuannya Elisabeth Ng Lyeti yang tiba pada Jumaat lepas, sehingga jenazah anak Ng iaitu Benjamin Lee Jian Han yang berumur satu tahun dibawa pulang ke tanah air.

“Keluarga mangsa memaklumkan kepada pihak kami bahawa ketiga-tiga (abu atau mayat itu) kelak berkemungkinan akan dihantar pulang ke Muar, Johor selepas upacara keagamaan yang dijalankan di sini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu kendi yang berisi abu mendiang Ng tiba di pusat berkenaan jam 9.41 pagi, dan dibawa sendiri oleh suaminya Lt Komander Lee Vee Weng, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Kota Kinabalu.

Kendi abu mendiang Ng yang dibaluti bendera Malaysia itu kemudiannya diiringi dua orang sami Buddha sambil dibacakan mantera mengikut adat dan kepercayaan agama itu.

Kira-kira 10 orang anggota keluarga dan sahabat handai hadir, manakala 50 kakitangan pusat berkenaan dan sukarelawan Young Buddist Association (YBAM) turut memberi penghormatan dengan berbaris di sepanjang laluan menghala ke tempat penyimpanan abu. — Bernama

Ng yang merupakan pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), UMS menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium untuk membentangkan kertas kerja sebelum dijadualkan pulang bersama-sama adik dan anaknya dengan menaiki pesawat malang itu.

Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17 iaitu 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas.

Semalam, kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi dengan dua daripadanya termasuk mendiang Ng diberi penghormatan dalam istiadat ringkas namun penuh penghormatan.

Satu jenazah yang dibawa balik semalam tidak mengikuti istiadat penghormatan atas permintaan keluarga yang mahukan privasi.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. — Bernama

Lebih seribu hadir solat jenazah Mohd Ghafar

$
0
0

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah penyelia penerbangan kabin pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar di Masjid Taman Indah, Ampang di sini, semalam.

Jenazah Allahyarham yang dibawa ke masjid itu pada jam 10.14 pagi dari kediamannya di Taman Bukit Indah, disambut beberapa anggota 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum diusung beberapa kakitangan MAS dan disembahyangkan pada jam 10.28 pagi.

Dua orang anaknya Ammar Syarif, 25, dan Afi Hazim, 14, bersama bapa saudara mereka Luqman Abdullah, 49, turut berada di saf hadapan untuk solat jenazah yang diimamkan Imam I Masjid Negeri, Shah Alam, Mohd Hata Ahmad.

Turut bersolat jenazah ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dan Ketua UMNO bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Pada jam 10.44 pagi, jenazah Mohd Ghafar diusung keluar oleh beberapa kakitangan MAS sambil orang ramai berebut-rebut menyentuh keranda Allahyarham sebagai tanda penghormatan terakhir kepada mangsa sebelum dibawa masuk ke dalam van jenazah.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas untuk dikebumikan di situ.

Jenazah Mohd Ghafar, 54, yang tiba pagi semalam dari Amsterdam dibawa dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke rumah keluarganya dan tiba jam 9.50 pagi.

Seawal jam 8.30 pagi kawasan kediamannya mula dipenuhi kenalan dan jiran tetangga yang datang untuk menziarahi arwah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normi Abdullah, 54, dan tiga anak – Sa’imah Baizura, 29, Ammar Syarif dan Afi Hazim yang juga anak kurang upaya (OKU).

Allahyarham antara tiga lagi mangsa tragedi MH17 yang dibawa pulang semalam selepas 20 jenazah dibawa pulang Jumaat lepas.

Pesawat MH17, dengan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di zon bergolak itu namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. — Bernama

Viewing all 47228 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>