Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Ahli perniagaan kemaruk gelaran Datuk ditipu RM600,000

$
0
0

MIRI: Gara-gara ingin mendapatkan gelaran Datuk, seorang ahli perniagaan terkenal di sini kerugian RM600,000 setelah ditipu dua individu masing-masing bergelar Datuk dan Tengku dari Selangor.

Menurut sumber, pada Julai lalu ahli perniagaan berusia 78 tahun itu telah menghantar borang perakuan pencalonan pengurniaan darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor kepada seorang individu yang dikenalinya serta bergelar Datuk.

Datuk terbabit memberitahu mangsa, borangnya yang telah lengkap diisi akan diserahkan kepada Tengku berkenaan untuk urusan selanjutnya.

Pada penghujung Julai lalu, mangsa menelefon Tengku terbabit untuk bertanya lanjut tentang borang pencalonannya dan lelaki terbabit memberitahu bahawa pencalonan akan ditutup pada 16 Ogos tahun ini.

Bagaimanapun, menurut lelaki terbabit mangsa perlu menderma sejumlah RM600,000 kepada sebuah kelab kebajikan sebelum menerima pengurniaan darjah tersebut.

Pada jam 2 petang, 16 Ogos lalu, mangsa yang teruja mendapat gelaran Datuk telah memasukkan sekeping cek bernilai RM600,000 ke sebuah akaun yang diberi untuk tujuan didermakan kepada kelab terbabit.

Sekitar jam 4 petang hari sama, mangsa ada menerima panggilan telefon daripada Tengku terbabit yang bertanyakan sama ada wang telah dimasukkan ke dalam akaun yang diberi atau sebaliknya.

Mangsa kemudian memberitahu segala urusan telah selesai sambil bertanya lanjut tentang permohonannya dan Tengku terbabit memberitahu bahawa perkara itu telah diluluskan oleh Agong dan mangsa akan diajar tatatertib semasa menerima anugerah kelak.

Bagaimanapun, mangsa yang berasa curiga kemungkinan ditipu oleh Tengku terbabit kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri, di sini kelmarin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>