Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Tindakan buka pili bomba, ceroboh paip utama burukkan masalah air di Beladin

$
0
0

BELADIN: “Kami terpaksa menangguhkan operasi Loji Bekalan Air di sini akibat masalah air yang meruncing dan tekanan air rendah kerana kemarau yang berterusan,” kata salah seorang kakitangan Loji Bekalan Air, Jabatan Kerja Raya (JKR), Beladin di sini.

Arahan menangguhkan operasi penyaluran air ke kampung-kampung di sini oleh pegawai jabatan terbabit terpaksa dilakukan apabila penduduk kampung bertindak agresif dan membuka pili bomba di sekitar kampung tersebut bagi mendapatkan punca bekalan air.

“Tindakan segelintir penduduk kampung yang masing-masing mencari inisiatif untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian berterusan tanpa memikirkan masalah jangka panjang apabila air tidak mencukupi akibat tekanan air rendah dan air sungai yang cetek serta tidak mampu menampung tekanan air yang dipam ke loji untuk dibekalkan kepada penduduk kampung.

“Pelbagai usaha telah kami lakukan tetapi tekanan rendah dan sungai yang semakin cetek dan mulai kering menyukarkan kami mengepam masuk air ke loji.

“Masalah ini berlaku sejak seminggu lalu apabila hari tidak hujan dan air sungai cetek.

“Pihak bekalan air hanya dapat menakung air yang dapat digunakan kurang daripada lima jam dalam satu-satu masa dan tekanan air rendah juga menyebabkan air tidak sampai kepada penduduk yang jauh dari sumber air menyebabkan mereka marah,” ujarnya.

Dalam pada itu, tindakan penduduk kampung mencuba pelbagai usaha bagi mendapatkan keperluan asas itu  sehingga berani bertindak membuka pili bomba dan menceroboh saluran paip utama meresahkan pihak bekalan air yang hanya mampu melarang mereka daripada terus merosakkan harta benda awam dan hak kerajaan.

Bagaimanapun, mereka terus merusuh hingga cuba merosakkan tangki minyak ‘Hydro Tank’ selain memecah pintu rumah pam di loji tersebut dan merosakkan pagar bagi mencari air.

“Akibat tindakan agresif penduduk kampung, kami khuatir pelbagai kerosakan boleh memudaratkan dan meninggalkan kesan negatif hingga kerosakan berlaku kepada peralatan dan tangki hidro apabila keadaan sukar dibendung.

“Kemungkinan yang berlaku, adalah kesan tekanan yang tidak stabil dan keseimbangan aliran air apabila semua pili bomba dan punca utama air dibuka tanpa dapat dikesan dan pembuangan air di laluan paip utama juga menjejaskan sistem pam air yang menelan jutaan ringgit apabila tekanan air dapat disalurkan semula nanti,” jelasnya.

Sementara itu, kira-kira 12,000 penduduk Kampung Beladin terjejas akibat ketiadaan bekalan air bersih yang diterima daripada pihak bekalan air, JKR apabila loji tersebut terpaksa ditangguhkan operasinya mulai Jumaat lalu.

Begitupun, pihak Bekalan Air Betong bertindak pantas dengan memulakan operasi mencatu air ke kawasan terjejas dengan menggunakan empat lori tangki kepada penduduk kampung tersebut bagi mengelak kejadian kemusnahan harta benda berterusan.

Sekurang-kurangnya dengan tindakan tersebut ia dapat mengurangkan masalah terjejas daripada semakin teruk, tetapi tindakan pihak berkepentingan menyelesaikan masalah tersebut dikhuatiri kerana tidak tampil dan membantu menangani masalah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>