Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Teng pertimbang untuk bertanding jawatan pengerusi GERAKAN P.Pinang

$
0
0

GEORGE TOWN: Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempertimbangkan untuk bertanding jawatan presiden GERAKAN negeri.

Teng, 50, yang melepaskan semua jawatannya dalam parti pada Mei lepas, berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan pengerusi Gerakan negeri sekarang, Datuk Dr Teng Hock Nan minggu ini.

“Tugas kami sekarang adalah untuk memperkukuhkan parti dan saya akan bertemu Dr Teng untuk membincangkan perkara itu (sama ada untuk bertanding) sebelum membuat apa-apa pengumuman,” katanya kepada pemberita selepas mewakili Dr Teng merasmikan mesyuarat agung tahunan Gerakan bahagian Jelutong di sini malam kelmarin.

Beliau berharap dalam pemilihan Gerakan akan datang, lebih ramai pemimpin muda berkebolehan akan diberi peluang menerajui parti.

“Kami tidak mahu melihat sebarang persaingan tidak sihat bagi jawatan parti dalam kalangan anggota kerana kami sedang bergerak ke arah politik yang lebih matang,” katanya.

Di sebalik prestasi buruk parti dalam pilihan raya umum Mei lepas, Teng berkata anggota parti perlu terus berkhidmat kepada rakyat dalam usaha memenangi semula sokongan mereka.

“Kita perlu terus berjuang dan jangan sesekali menyerah kalah. Kita mesti bersatu untuk menjadi pembangkang yang lebih matang di negeri ini,” katanya.

Dalam mesyuarat agung tahunan itu, bahagian Jelutong turut mencadangkan Teng menjadi pengerusi Gerakan negeri.

Mengenai jawatan pengerusi BN Pulau Pinang, Teng berkata beliau akan menimbang semula keputusannya melepaskan jawatan itu Mei lepas.

“Meskipun semua pemimpin parti komponen di negeri ini menggesa saya supaya menimbang semula keputusan itu, saya terus akan memikul sepenuh tanggungjawab atas kegagalan kami dalam pilihan raya baru-baru ini, dengan melepaskan semua jawatan saya dan memberi laluan kepada pemimpin yang lebih berkebolehan,” katanya.

Mei lepas, Teng meletak jawatan sebagai setiausaha agung parti dan pengerusi BN negeri berikutan kekalahan teruk parti gabungan itu dalam pilihan raya umum ke-13 di Pulau Pinang. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>