Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Dua loji premix masih operasi, perlu dipindahkan

$
0
0

MIRI: Dua loji premix membuat tar jalan di Lambir harus dipindahkan ke lokasi lebih strategik bagi mengelak risiko tumpahan minyak di kawasan rawatan air Lambir yang merupakan sumber utama air bandar raya Miri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling Sie Kiong berkata, sejak insiden pencemaran Sungai Liku di Lambir dua tahun lalu sehingga menjejaskan bekalan air bersih di Miri, isu pemindahan loji tersebut masih belum selesai.

“Kita harus belajar daripada kesilapan, justeru tindakan segera perlu diambil untuk mengatasi isu yang melanggar peraturan alam sekitar.

“Loji premix tersebut harus dipindahkan kerana ia tidak sesuai berhampiran dengan kawasan loji rawatan air,” katanya dalam kenyataan media kelmarin selepas mengadakan lawatan ke loji berkenaan yang merupakan kawasan berlakunya tumpahan minyak pada awal tahun lepas.

Menurut Alan, lawatan loji tersebut masih beroperasi walaupun sebelum ini terdapat cadangan untuk menempatkan semula loji tersebut di kawasan lain kerana bimbang dengan risiko tumpahan minyak.

Beliau berkata, perkara tersebut pernah dibentangkan sebanyak dua kali semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) namun sehingga kini tiada tindakan susulan diambil untuk memindahkan loji premix tersebut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>