Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Isu meroboh, pindah Pasar Petanak masih jadi persoalan

$
0
0

KUCHING: Isu meroboh dan memindahkan Pasar Petanak di sini ke lokasi baharu masih menjadi persoalan semua pihak kerana tiada penjelasan terperinci daripada pihak bertanggungjawab iaitu Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Tinjauan Utusan Borneo di pasar itu semalam mendapati rata-rata peniaga di situ enggan berpindah ke lokasi baharu jika Kota Samarahan dijadikan tempat baharu mereka berniaga kelak.

Usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan Khay Sin semalam berhubung perkara itu gagal selepas dimaklumkan beliau sedang bermesyuarat di luar pejabat.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Kuching Selatan (PPPKS) Tan Choon Yong berkata, beliau belum dimaklumkan mengenai perkara itu oleh MBKS selaku pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab dan mendakwa hanya menge-tahuinya menerusi laporan akhbar tempatan semalam.

Tan memberitahu akan bertemu dengan Datuk Ban-dar MBKS dalam waktu terdekat untuk membincangkan perkara itu bagi mewakili sebahagian besar peniaga di Pasar Petanak.

“Semua belum jelas dan saya mengetahui ramai penjaja di sana tidak mahu pindah kalau dipindahkan ke tempat yang jauh dari lokasi sekarang. Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini, melainkan saya sudah berjumpa dengan Datuk Bandar nanti,” ujarnya.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>