Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Polis jejaki dua suspek dalam kes baling ‘bom molotov’

$
0
0

SIBU: Polis menjejaki dua orang suspek lelaki berhubung kes membaling ‘bom molotov’ ke sebuah rumah di Jalan Hulu Sungai Merah, di sini.

Suspek pertama dikenali sebagai Yong King Lung @ Chee Lung, 28, pemegang kad pengenalan MyKad (850313-13-5557) dan beralamat di No. 72A Lorong 6, Jalan Rejang Park, Sibu.

Suspek kedua dikenali sebagai Tang Tung Chai @ Ah Tak, 45, pemegang MyKad (670524-13-5671) dan beralamat di No.3A Jalan Kelapa, Sibu.

Kedua-dua suspek dikehendaki polis kerana dengan sengaja membaling ‘bom molotov’ ke dalam rumah pengadu dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 pagi, 10 Ogos lalu.

Sesiapa yang mempunyai maklumat di mana dua suspek berada diminta menghubungi balai polis terdekat atau menghubungi Balai Polis Sentral menerusi talian 084-336144.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>