Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

SDNU Sarikei sokong usul dibentangkan

$
0
0

SARIKEI: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Sarikei memberi penuh sokongan terhadap usul yang dibentangkan oleh Persatuan Tuai-tuai Rumah Daerah Sarikei yang dipengerusikan oleh Pemanca Edward Ladin tentang isu pemberian sijil pelantikan tuai rumah dan elaun tuai rumah kepada rumah panjang yang mempunyai 10 pintu bilik (keluarga) ke atas.

Kenyataan sokongan itu diluahkan oleh semua ahli jawatankuasa SDNU Cawangan Sarikei pada Mesyuarat SDNU Cawangan Sarikei, baru-baru ini.

Setiausaha SDNU Cawangan Sarikei Rambai Bandang berkata, perkara yang berkaitan dengan sijil pelantikan dan elaun tuai rumah sering kali menjadi isu berbangkit dan belum menemui sebarang keputusan serta penyelesaian yang positif hingga ke hari ini.

“Bagi tuai rumah di daerah ini, masih ramai yang belum mendapat kemudahan serupa sejak sistem ini diperkenalkan beberapa tahun lalu dan masalah keciciran ini menyebabkan sebahagian daripada mereka berasa terpinggir dan terabai.

“Jika kita lihat hari ini, tugas seorang ketua masyarakat dan tuai rumah bukanlah tanggungjawab yang ringan dan pihak berwajib harus jelas bahawa ketua masyarakat dan tuai rumah adalah orang tengah yang menjadi penghubung utama kerajaan dengan masyarakat di peringkat akar umbi untuk berhubung terutama untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan dasar-dasar yang dipergiatkan oleh kerajaan.

“Jadi, berdasarkan situasi tersebut dan keperluan semasa kita memohon semula pihak berkaitan mengkaji semula situasi ini dan kita berharap mana-mana berlakunya keciciran daripada aspek pengagihan sijil pelantikan dan pemberian elaun tuai rumah dapat diatasi dengan segera,” kata Rambai dalam kenyataan daripada hasil mesyuarat yang dijalankan di sini semalam.

Tambahnya, keseragaman dan keadilan dalam pengagihan kemudahan tersebut harus dilakukan dengan segera agar golongan ini dapat menikmati kemudahan yang serupa berdasarkan kelayakan mereka sebagaimana tuai rumah lain yang telah menerima kemudahan serupa.

“Kami sedar pengagihan sijil pelantikan dan elaun tersebut mempunyai syarat-syaratnya.

“Tetapi, berdasarkan kebanyakan situasi yang berlaku pada masa kini syarat tersebut kami sarankan agar dipertimbang dan dikaji semula,” katanya.

Pada masa yang sama, Rambai menegaskan bahawa hasil mesyuarat tersebut juga pihak SDNU Cawangan Sarikei membentangkan cadangan menganjurkan Hari Ulang Tahun SDNU Sarikei.

“Hasil mesyuarat berkenaan, kami bersetuju memilih 28 September (Sabtu) akan datang sebagai tarikh meraikannya.

“Pada tahun ini, SDNU Cawangan Sarikei telah mencapai usia 40 tahun penubuhannya sejak ditubuhkan pada 15 Julai 1973.

“Sejajar dengan program tersebut, pihak SDNU menetapkan untuk mengadakan program berkenaan di Mutiara Place Food Court Restaurant.

“Kami merancang menjemput semua ahli SDNU dari setiap cawangan untuk menjadi tetamu jemputan khas kami pada majlis berkenaan nanti,” katanya.

Tambahnya, seramai 20 ahli Jawatankuasa SDNU Cawangan Sarikei menghadiri mesyuarat berkenaan termasuk Pengerusi SDNU Cawangan Sarikei Kaunselor Tuai Rumah Setia Unggok.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>