Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Hujan meteor di ruang angkasa M’sia malam ini

$
0
0

KUALA LUMPUR: Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam ini sehingga subuh hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara yang paling menarik kerana cahayanya terang dan dapat dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

“Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

“Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

“Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar,” katanya.

Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>