Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Umat Islam tidak harus persoal tindakan haramkan shisha

$
0
0

KUCHING: Umat Islam tidak seharusnya mempersoalkan tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak mengharamkan penggunaan shisha di negeri ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata perbincangan untuk mengharamkan shisha adalah demi kesihatan mereka.

Apatah lagi katanya, shisha telah disahkan mengandungi bahan berbahaya hasil daripada ujian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan.

“Penggunaan shisha adalah kebebasan masyarakat tetapi apa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa adalah untuk kebaikan orang Islam.

“Meskipun Sarawak belum mengharamkan penggunaan shisha tetapi kita hendak memberitahu masyarakat Islam bahawa penggunaan shisha termasuk rokok adalah tidak baik untuk kesihatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Matang di sini semalam.

Tambah Daud, susulan pengharaman shisha oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, mesyuarat akan diadakan oleh kerajaan negeri bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri bagi membincangkan perkara yang sama.

Bagaimanapun katanya, meskipun penggunaan shisha diharamkan dalam kalangan umat Islam tetapi tiada tindakan undang-undang dikenakan kepada mereka yang masih menghisap shisha.

“Kita tidak dapat menghalangkan mereka daripada mengambil shisha cuma kita memaklumkan keputusan kita di Malaysia mengenai status penggunaan dalam kalangan umat Islam.

“Kita akan bermesyuarat selepas Hari Raya ini dan keputusannya akan dimaklumkan kemudian,” tambahnya.

Dalam pada itu Daud yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh masyarakat Islam di negeri ini khasnya pengundi di N.6 Tupong.

Antara tetamu yang hadir ke rumah terbuka beliau semalam, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong serta isteri, Setiausaha Agung SUPP Prof Dr Sim Kui Hian dan lain-lain.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>