Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Tuai rumah maut terlibat kemalangan

$
0
0

MAUT: Mangsa yang maut masih tersepit di tempat duduk sebelah pemandu.

SIBU: Seorang maut manakala enam lagi termasuk seorang remaja perempuan cedera selepas terbabit kemalangan di Batu 22, Jalan Kanowit-Julau Durin dekat sini semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, kereta Toyota Hilux yang dinaiki tujuh orang tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di kawasan Hulu Kanowit.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Usit Kunyoi, 49, berasal dari Sungai Arip, Balingian yang duduk sebelah pemandu.

Menurut salah seorang mangsa, Bajut Benang, 50, kereta pacuan empat roda yang mereka naiki tiba-tiba hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali lalu terbabas ke tepi jalan.

Katanya pemandu cuba mengelak takungan air yang berada di laluan mereka namun beliau gagal mengawal kenderaan sebelum nahas berlaku dalam sekelip mata.

“Kesemua kami dapat keluar daripada kenderaan tetapi Tuai Rumah Usit tidak bergerak langsung dari tempat duduknya.

“Ketika diperiksa, saya mendapati nadinya tidak berdenyut lagi,” kata Bajut yang hanya cedera ringan.

Usit yang masih tersepit di dalam kenderaan dikatakan cedera parah di kepala dan dada terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat yang dikerah dari Balai Bomba Kanowit yang tiba di tempat kejadian jam 11.06 pagi.

Mangsa lain yang turut cedera dikenali sebagai Isang Benang, 48, Rasit Kunyan, 16, Rolan Bajut, 18, Aliza Isang, 20, dan seorang remaja perempuan yang hanya dikenali sebagai Santa, 18.

Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa oleh ambulans dari Klinik Kesihatan Julau ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>