KUCHING: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menganjurkan Program Latihan Bengkel Peng-arahan pada 19 hingga 23 Ogos ini.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini, program itu akan diadakan di FINAS Cawangan Sarawak, Lot 4024, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching.
Yuran penyertaan bagi sesiapa yang berminat adalah sebanyak RM100 seorang dan tenaga pengajar yang akan mengajar ialah Adman Latip.