Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pelbagai masyarakat hadiri rumah terbuka ADUN Nangka

$
0
0

SIBU: Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee pada Hari Raya pertama di sini.

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sibu (SCCI) yang diketuai oleh Presidennya Hu Yu Siong tidak ketinggalan mengadakan kunjungan muhibah ke rumah Dr Annuar.

Hu menyifatkan kunjungan muhibah ke rumah rakan masyarakat Islam sempena Hari Raya Aidilfitri dapat mengeratkan hubungan silaturahim selaras dengan konsep 1Malaysia.

“Amalan seperti ini dapat memberi pengalaman baharu kepada masyarakat berlainan bangsa dan budaya, terutama ketika menyambut sesuatu perayaan.

“Kami turut berharap agar aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat perpaduan masyarakat tanpa mengira perbezaan latar belakang, kaum dan budaya,” jelasnya.

Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ketua-ketua masyarakat dan ahli jawatankuasa persatuan dan kelab turut hadir ke rumah terbuka Dr Annuar.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>