Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

NCR: SDNU Kemena Bintulu menyokong kenyataan Anthony

$
0
0

BINTULU: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Kemena Bintulu menyokong kenyataan Timbalan Presiden SDNU Sarawak Anthony Banyan yang mahu undangundang atau akta tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini diperkemaskan.

Pemangku Timbalan Pengerusi SDNU Cawangan Kemena Tuai Rumah Henry Nuni Plen berkata, undang-undang sedia ada berkaitan tanah NCR wajar diperkemaskan memandangkan ia bakal menentukan hala tuju tanah terbabit untuk masyarakat Dayak di negeri ini.

“Saya mewakili ahli SDNU di sini turut menyokong undang-undang berkaitan tanah NCR yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan dan ia harus diperhalusi berpandukan undang- undang sedia ada,” ujarnya pada sidang media di sebuah hotel di sini, semalam.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap kenyataan Anthony bahawa Tanah NCR tidak boleh dimiliki oleh individu lain melalui urusan jual beli.

Sambil menyifatkan tanah NCR merupakan harta pusaka masyarakat Dayak yang diwariskan dari satu generasi ke generasi, Henry berasa adalah perlu undang-undang berkaitan diperhalusi bagi membolehkan hak pemilikan ke atasnya terpelihara sampai bila-bila.

“Apa yang paling penting ialah tanah NCR akan terus menjadi hak milik mutlak pemilik dan pewaris seterusnya bagi memastikan pemiliknya mempunyai hak berkekalan ke atas tanah terbabit,” tambahnya.

Anthony dalam The Borneo Post pada 14 Julai lalu menyuarakan pandangan berkaitan pro dan kontra tanah NCR dimajukan melalui projek usaha sama di negeri ini.

Turut hadir pada sidang media semalam ialah Setiausaha SDNU Cawangan Kemena Cenilla Anthony Assan.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>