Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Bumbung dua bilik rumah panjang melayang

$
0
0

TERBANG: Kelihatan bumbung rumah milik dua keluarga dari Rumah Tambi, Sungai Isu Krian diterbangkan angin.

Kejadian di Rumah Tambi, Sungai Isu Krian Khamis lalu berlaku dengan pantas

SARATOK: Kejadian ribut kuat yang berlaku di sini petang Khamis lalu menyebabkan bumbung dua bilik penduduk Rumah Tambi, Sungai Isu Krian diterbangkan angin.

Menurut mangsa-mangsa terbabit, Luta Sigat dan Jilum Apar, kejadian tersebut bukan hanya mengakibatkan kemusnahan terhadap bumbung rumah mereka tetapi turut melibatkan beberapa harta benda mereka yang lain.

“Kejadian itu berlaku dengan pantas dan kami cemas apabila melihat atap rumah kami mula bergegar dan tercabut.

“Melihat kejadian tersebut, kami terus bergegas keluar dari bilik untuk menyelamatkan diri bagi mengelak ditimpa atap yang diterbangkan angin,” cerita Luta di sini semalam.

Tambahnya, hingga kini dua keluarga terbabit masih belum tahu berapakah jumlah kerugian yang ditanggung mereka.

“Berikutan kejadian itu, kami dua buah keluarga ini memohon pertimbangan dan bantuan pihak bertanggungjawab membantu meringankan beban kami berikutan bencana itu.

“Namun hingga kini nampaknya, belum ada jawapan yang positif daripada pihak terbabit berkaitan permohonan kami itu,” jelas Luta.

Rumah panjang itu mempunyai 10 pintu bilik (keluarga) dan secara puratanya, kebanyakan penghuninya bekerja sebagai petani dan penoreh getah.

“Bencana ini, bagi kami yang hanya bekerja sebagai petani menjadi satu beban tambahan.

“Dengan pendapatan sebagai seorang petani dan penoreh getah adalah amat sukar bagi kami untuk memperbaiki kerosakan tersebut dengan segera, melainkan ada pihak yang prihatin tampil menghulurkan bantuan.

“Harapan kami agar pihak berkaitan dapat memikirkan dengan segera alternatif untuk meringankan beban yang menimpa kami,” kata Luta.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>