Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Remaja paling ramai maut nahas jalan raya

$
0
0

BUTTERWORTH: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menyasarkan penunggang berusia 25 tahun ke bawah dalam kempen balik kampung sempena Aidilfitri kali ini memandangkan kelompok itu paling ramai menjadi korban jalan raya.

Pengarah JKJR Pulau Pinang S. Jegan berkata kelompok usia itu meliputi 70 peratus daripada penunggang dan pembonceng motosikal yang maut akibat kemalangan jalan raya saban tahun.

“Kita menyasarkan golongan itu yang biasanya adalah penunggang baharu supaya mereka dapat mematuhi peraturan ketika di jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen bagi peringkat negeri, di sini semalam.

Katanya, sempena kempen itu JKJR Pulau Pinang mengedarkan topi keledar percuma, hamper selain risalah keselamatan jalan raya kepada penunggang motosikal. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>