Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Umat Islam Marudi terima sumbangan

$
0
0

MARUDI: Seramai 100 orang terdiri daripada warga emas, balu dan anak yatim daripada empat kampung Melayu di sini iaitu Kampung Narum, Kampung Dagang, Kampung Pemindahan dan Kampung Baru menerima sumbangan khas Hari Raya Aidilfitri daripada Harakah Islamiah (HIKMAH).

Acara tersebut sempena Program Ziarah Ramadan oleh HIKMAH yang diadakan di Surau Nur Ihsan Kampung Pemindahan Marudi di sini, petang semalam.

Program Ziarah Ramadan tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua HIKMAH Sarawak Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Miri  Abdul Aziz Mohd Yusof, Temenggung Abdul Rahman Fadzail, Pengerusi  HIKMAH  Cawangan Marudi Ayub Mohamad serta Setiausaha HIKMAH Cawangan Marudi,Salleh Bujang dan ketua-ketua kampung.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>