Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kekangan kewangan bukan halangan laksana program kebajikan masyarakat

$
0
0

KUCHING: Kekangan sumber kewangan tidak seharusnya dijadikan sebagai halangan untuk sesebuah pertubuhan atau persatuan melaksanakan program kebajikan bersama masyarakat.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPKS), Mohd Atei Medaan ketika berucap pada Majlis Sumbangan Bantuan Hari Raya di Dewan HIKMAH, Petra Jaya di sini semalam.

Menurut Atei, meskipun berdepan kekangan kewangan, tetapi menerusi kerjasama pintar dengan pelbagai entiti, program sedemikian mampu dijayakan oleh mana-mana pertubuhan atau persatuan.

Sementara itu, Pengerusi PPKS Julaihi Ismail berkata, kesungguhan jawatankuasa dan kebajikan persatuan untuk melaksanakan program itu telah menarik sokongan dan sumbangan daripada badan korporat dan rakan-rakan pertubuhan yang lain.

Walaupun persatuan ini tidak mempunyai kewangan yang kukuh, namun program kebajikan ini masih dapat dijayakan menerusi kerjasama pintar bersama Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), jelasnya.

Pada majlis itu, Julaihi turut berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan khas RM250 kepada pesara bagi meringankan beban menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

“Bantuan ini besar maknanya kepada pesara tetapi wang ringgit bukanlah keutamaan kita pada musim perayaan ini kerana apa yang lebih penting ialah amal ibadah dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Julaihi memberitahu persatuan akan terus menjalankan kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat pada masa akan datang.

Malah, katanya, kerja-kerja kebajikan dan kesukarelaan akan diperhebatkan sejajar dengan seruan yang dibuat oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Seramai 60 orang menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri dalam bentuk pakaian, duit raya dan kuih-muih sumbangan MBSB dan FAMA.

Turut hadir, Timbalan Naib Presiden MBSB Wilayah Sabah dan Sarawak Morshidi Abong serta Pengarah FAMA Sarawak Faza Dan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>