Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Segera naik taraf sistem bekalan air di antara Kuching dan Serian: See

$
0
0

KUCHING: Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Kemudahan Awam digesa untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air dengan segera antara kawasan Kuching dan Serian terutamanya di kawasan berbukit yang masih mengalami kurang tekanan bekalan.

Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak See Chee How berkata, ia bagi memastikan tidak ada lagi kekurangan serta gangguan bekalan air ke rumah, pengguna komersial dan industri di kawasan berkenaan yang kini semakin pesat membangun.

Menurut beliau dengan pentauliahan loji rawatan air baharu di Kampung Slabi dua bulan lepas, bekalan air yang dialami kawasan berkaitan akan selesai selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang penggunaan paip baharu, curahan dan membolehkan air mengalir pada tahap tekanan optimum.

“Bekalan air isi rumah di paras tanah rendah kawasan berkaitan telah dinaik taraf beberapa hari lepas.

“Bagaimanapun, isi rumah yang berada di tahap tanah tinggi seperti keluarga-keluarga di Taee Sijo dan kawasan berbukit di Jalan Kuching-Serian lama masih lagi mengimpikan tekanan air mencukupi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Stampin di sini, semalam.

See yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang berkata, tekanan rendah yang dialami keluarga di tanah berbukit di Bukar dan Jalan Kuching-Serian lama mungkin disebabkan kerosakan teknikal.

Namun demikian, kata beliau, jurutera dan juruteknik JKR masih cuba menyiasat, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah.

Tambah beliau dengan terbinanya Loji Rawatan Air Slabi yang berkapasiti 50 MLD (juta liter sehari), ia hanya mampu membekalkan kawasan di Siburan-Serian dan bandar Serian hingga ke Tebedu dan Simunjan.

“Ia mampu menampung keperluan penduduk dan pelanggan berpotensi dalam masa 10 tahun akan datang.

“Sehubungan itu, apa yang penting kini adalah JKR dan kementerian berkaitan meneliti kemudahan awam di negeri ini termasuk loji simpanan air untuk Serian-Siburan,” katanya.

Beliau menjelaskan, 50 MLD mungkin hanya mampu menampung bekalan dalam masa 10 tahun akan datang, tetapi Serian merupakan sebuah bandar yang pesat membangun dan memerlukan kapasiti tinggi untuk loji simpanan air.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>