Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Gempa bumi kuat di South Sandwich Islands

$
0
0

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan South Sandwich Islands pada jam 5.33 pagi semalam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu terletak di 58.0 darjah selatan dan 24.1 darjah barat, 3,845km tenggara dari Puerto Montt, Chile dan 12,250km barat daya Pontian, Johor, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

“Tiada ancaman tsunami. Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini,” kata kenyataan itu. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>