Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

ROS iktiraf Sambanthan Presiden IPF

$
0
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) secara rasminya mengiktiraf Datuk M.Sambanthan sebagai Presiden Parti Barisan Kemajuan India se-Malaysia (IPF) yang sah.

Surat ROS bertarikh 23 Julai kepada Setiausaha Agung IPF T.Loganathan antara lain menyebut bahawa ROS telah meneliti dan bersetuju menarik balik Notis Seksyen 16(1).

Sambanthan pada sidang media di Wisma IPF, Seri Kembangan, semalam meluahkan rasa syukur dengan keputusan itu dan berharap semua anggota parti dapat menyokong kepimpinan beliau dalam meneruskan perjuangan untuk kemajuan kaum India.

Kemelut IPF bermula pada 2008 sejak kematian pengasas Tan Sri M. G. Pandithan yang menyebabkan parti itu berpecah dua di antara penyokong isteri mendiang Jayshree MG Pandithan dan M.V. Mathiyalagan, yang turut mengaku dirinya presiden IPF.

Masalah semakin meruncing apabila Jayshree yang memangku jawatan presiden parti pada 2010 mengiktiraf Sambanthan sebagai presiden.

ROS kemudian menghantar surat kepada Sambanthan dan Mathiyalagan pada 6 Jun lepas dan memberi tempoh sebulan kepada mereka untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan serta mematuhi notis ROS atau IPF akan terbubar secara automatik.

Mengulas mengenai status Mathiyalagan, beliau berkata keanggotaan Mathiyalagan telah digantung sejak 2008 selepas gagal mengemukakan surat tunjuk sebab kepada parti.

Sambanthan berharap Mathiyalagan dapat menghormati keputusan ROS itu.

“Saya sudah memaklumkan kepada pihak tertentu supaya jangan lagi menggunakan nama, nombor pendaftaran, logo dan bendera parti, kalau terus menggunakan dan menjatuhkan imej parti, saya akan ambil tindakan mahkamah,” katanya.

Sambanthan berkata, IPF mempunyai 26 anggota jawatankuasa tertinggi dan lebih 100,000 anggota di 600 cawangan seluruh negara.

IPF, yang ditubuhkan pada 1990 itu menyokong Barisan Nasional (BN). — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>