Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pengusaha berhasrat buka taska dinasihati mohon pengesahan daripada JTS

$
0
0

KUCHING: Pengusaha yang berhasrat membuka taska dinasihati memohon pengesahan daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) sebelum menghantar permohonan lengkap bagi menubuhkan sesebuah taska.

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah, syarat yang telah ditetapkan bagi penubuhan sesebuah taska hendaklah dipenuhi merangkumi pengesahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

“Kebanyakan pengusaha yang membuka perniagaan taska, mereka lebih menumpukan kepada pengesahan JBPM, JKM serta JKN sedangkan apa yang lebih utama ialah pengesahan serta kelulusan daripada JTS.

“JTS meletakkan syarat yang agak ketat kerana mengambil kira kepentingan aspek keselamatan penubuhan sesuatu bangunan dan ia menjadi keutamaan kepada pengusaha sebelum mereka memohon kelulusan daripada jabatan-jabatan lain,” katanya.

Fatimah menegaskan bahawa penetapan lokasi bangunan taska menjadi aspek yang penting kerana ia turut mempengaruhi keselamatan penghuni.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ulang Tahun Taska 1Malaysia Qaseh Laila, Jalan Ong Tiang Swee, di sini kelmarin.

Pada masa sama, beliau memberitahu bahawa kerajaan turut menyediakan insentif kepada taska yang ditubuhkan sebagai usaha memberi sokongan sosial kepada pengusaha serta ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan taska untuk menghantar anak-anak mereka.

“Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 kepada mana-mana kementerian dan jabatan untuk menubuhkan taska di tempat kerja selain turut memberi subsidi yuran taska kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan.

“Ia merangkumi pelbagai jenis taska termasuk taska institusi, taska tempat kerja, taska komuniti serta taska rumah,” tambahnya.

Selain itu katanya, kerajaan turut mempromosi Program Permata Negara yang menyediakan spesifikasi Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA bagi membantu perkembangan kanak-kanak.

Hadir sama ialah Pengusaha Taska 1Malaysia Qaseh Laila Salmah Ibrahim, Pengarah Biro Wanita Sarawak Noriah Ahmad, Presiden Majlis Kebajikan Sosial Sarawak Joan Irene Jong serta ibu bapa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>