Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Ahmad Zahid hadiri tahlil Allahyarham Adenan

$
0
0

Oleh Mohd Shafik Ahmad//

BERSABARLAH: Ahmad Zahid bertemu Jamilah sebaik tiba di kediamannya di Damai Jaya sambil ditemani Abang Johari dan isterinya Datuk Jumaani Tuanku Bujang kelmarin.

BERSABARLAH: Ahmad Zahid bertemu Jamilah sebaik tiba di kediamannya di Damai Jaya sambil ditemani Abang Johari dan isterinya Datuk Jumaani Tuanku Bujang kelmarin.

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam menghadiri majlis tahlil Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di kediamannya, Damai Jaya, Santubong.

Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Antara lain, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Khui Hian, Menteri Perancangan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Hadir sama, Menteri Muda Kemudahan Awam Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Ahmad Zahid sebelum itu menziarahi pusara Allahyarham Adenan di Tanah Perkuburan Islam Samariang sebaik tiba di Kuching petang kelmarin.

Beliau seterusnya bertolak ke Damai Jaya untuk bertemu isteri Allahyarham, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu sebelum menunaikan solat Magrib dan Isyak di kediaman bekas pemimpin negeri itu.

Ahmad Zahid sebelum ini tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Adenan kerana berada di China atas urusan kerajaan.

Beliau dalam kenyataanya sebelum ini menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada negara kerana mencipta populariti luar biasa dalam kalangan rakyat terutama masyarakat Sarawak.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>