Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Dapatkan borang Futsal Piala Utusan Borneo 2017 hari ini

$
0
0

b17011801

KUCHING: Pasukan-pasukan yang berminat untuk menyertai Kejohanan Futsal Piala Utusan Borneo 2017 boleh mendapatkan borang yang disediakan di dalam akhbar Utusan Borneo bermula hari ini.

Selain itu, mereka yang berhasrat untuk mendaftar juga boleh menggunakan borang yang boleh didapati di Sports Planet Demak.

Kejohanan Futsal Piala Utusan Borneo 2017 akan diadakan pada 18 dan 19 Februari di gelanggang futsal Sports Planet Demak di sini.

Pertandingan edisi ketiga itu menawarkan hadiah lumayan bernilai keseluruhan RM6,700 berserta trofi dan pingat menjadi rebutan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

Ia mempertandingkan dua kategori iaitu terbuka lelaki dan bawah 12 tahun lelaki.

Untuk terbuka lelaki yuran dikenakan sebanyak RM150 bagi setiap pasukan dan RM80 bagi 12 tahun lelaki.

Sebarang maklumat mengenai pendaftaran dan peraturan dinyatakan dalam borang pertandingan.

Borang yang lengkap diisi berserta yuran pendaftaran boleh dihantar ke pejabat Utusan Borneo, Tingkat 2, Crown Tower, Jalan Pending atau Sports Planet Demak.

Tarikh tutup penyertaan pada 15 Februari depan dan cabutan undi akan diadakan pada 16 Februari di Sports Planet Demak di sini.

Juara bagi terbuka lelaki bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, tempat kedua RM1,500 dan ketiga bersama RM500 setiap pasukan.

Manakala juara bawah 12 tahun lelaki akan menggondol wang tunai RM1,000, naib juara RM600 dan tempat ketiga bersama RM300 setiap pasukan.

Untuk maklumat sila hubungi Saibi Gi (012-8918835), Freddy (013-8829673), Harry (012- 8074924) atau Sports Planet Demak (013-5758722).

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>