Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Dua suspek aktif jenayah curi direman

$
0
0
BARANGAN CURI: Antara barangan curi dirampas oleh JSJ IPD Bintulu dalam dua serbuan berasingan.

BARANGAN CURI: Antara barangan curi dirampas oleh JSJ IPD Bintulu dalam dua serbuan berasingan.

BINTULU: Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu menahan dua lelaki disyaki terlibat aktif dalam jenayah curi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Bintulu Superintenden Zailanni Amit berkata kedua-dua suspek berumur 25 dan 40 tahun itu ditangkap dalam serbuan di dua lokasi sekitar jam 12.15 tengah malam dan jam 4.30 pagi semalam.

Katanya dalam tangkapan pertama JSJ Bintulu diketuai Inspektor Nixon Malang menyerbu sebuah rumah di Taman Ginseng, Kampung Kemunting dan suspek pertama, Abdul Ajis Bahar, 25, ditahan sekali gus merampas satu unit telefon bimbit jenama Oppo dipercayai dicuri.

“Penangkapan suspek pertama menjurus kepada suspek kedua, Zaini Ahad, 40, ditahan di sebuah rumah di Lorong 4, Kampung Baru di sini,” katanya.

Penangkapan ini turut menemukan 17 barangan dipercayai barang curi termasuk dua unit televisyen, dua unit computer riba, satu unit mesin jahit, dua bilah parang ilang, seutas jam tangan, satu kotak barangan kemas mutiara, beg tangan dan banyak lagi.

Jelasnya, soal siasat ke atas suspek mendapati kedua-duanya melakukan jenayah pecah rumah sebanyak lima kali dan hasil curi dibahagikan sama rata oleh kedua-dua mereka.

“Ini membuktikan kedua-dua suspek mempunyai perkaitan antara satu sama lain melakukan jenayah curi,” katanya.

Difahamkan kedua-dua suspek turut terlibat beberapa kejadian curi dan pecah rumah di sini sudah dilaporkan di One Stop Centre IPD Bintulu dan tangkapan itu membantu menyelesaikan kes-kes berkaitan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek ditahan reman serta-merta mulai semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>