Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Dapatkan ikan Empurau di CCK Sibu

$
0
0
RAJA IKAN: Tiong (tiga kiri ) bersama tetamu lain menunjukkan ikan Empurau segar dan berkualiti tinggi yang kini dijual di premis CCK Fresh Mart Sdn Bhd.

RAJA IKAN: Tiong (tiga kiri ) bersama tetamu lain menunjukkan ikan Empurau segar dan berkualiti tinggi yang kini dijual di premis CCK Fresh Mart Sdn Bhd.

Dijamin segar dan berkualiti tinggi dengan kadar harga yang berpatutan

Oleh Judan Bungap //

SIBU: CCK Fresh Mart Sdn Bhd kini mengorak langkah memperkembangkan perniagaan dengan menjual ikan Empurau segar dan berkualiti tinggi dengan kadar harga yang berpatutan.

Presiden S.K Tiong Group Of Companies Tan Sri Datuk Tiong Su Kuok berkata, pihaknya amat yakin Empurau mereka mampu mendapat sambutan yang baik dari penduduk bandar ini terutamanya menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.

Katanya, setiap ikan Empurau ini dijual bergantung kepada saiz dari harga RM180 sehingga RM480 untuk sekilogram.

“Saiz yang lebih kecil iaitu antara satu hingga 2 kilogram ditawarkan dengan harga yang lebih murah lagi.

“Manakala, ikan Empurau seberat 5 kilogram dan ke atas akan dijual pada harga yang lebih tinggi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan jualanikan Empurau di premis CCK Fresh Mart Sdn Bhd, di sini semalam.

Pengerusi CCK Consolidated Holdings Berhad itu turut berkongsi pengalaman apabila beliau pernah diberitahu oleh rakannya bahawa terdapat ikan Empurau dijual pada harga RM1,800 sekilogram.

“Ini bukan harga yang paling mahal yang pernah saya temui, di mana saya pernah lihat ikan Empurau dijual pada harga $1,825 di salah sebuah restoran di Singapura.

“Harga ikan Empurau melonjak naik disebabkan permintaannya yang sangat tinggi di pasaran,” tambah.

Katanya lagi, pada masa kini terdapat banyak Empurau yang diternak dan tidak mempunyai aroma rasa buahbuahan yang terkenal dengan Empurau.

Menurutnya, mereka berasa gembira kerana dapat menjual ikan Empurau dengan harga diskaun kepada penduduk bandar ini memandangkan Tahun Baharu Cina semakin dekat dan keadaan ekonomi yang mencabar di seluruh dunia.

“Nama Empurau telah diterjemahkan dalam bahasa Cina yang bermaksud ‘Forever Young’.

Saya adalah orang yang mencipta nama ini.

“Ia adalah nama hidangan yang sangat bermakna untuk makan malam Tahun Baru Cina.

“Masyarakat Cina sentiasa mencari hidangan bertuah untuk makan malam yang paling penting pada perayaan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Pengurus Gerai Jualan CCK Fresh Mart Sdn Bhd Chieng Ngie Tuan berkata, Empurau segar tersebut diperoleh dari sungai di Kalimantan, Indonesia.

“’Raja ikan’ ini boleh didapati di CCK Fresh Mart di sini setiap hari dengan harga yang berpatutan.

“Kita yakin Empurau ini mampu memberi kepuasan kepada penggemar Empurau di sekitar Sibu,” ujarnya.

CCK Fresh Mart Sdn Bhd juga kini ada menjual pelbagai jenis ikan sungai yang berkualiti tinggi termasuk ikan jelawat (sultan) yang diperolehi dari Sungai Perak.

Selain itu, turut dijual ialah ikan Munyaran atau dikenali sebagai Ikan Buah dalam masyarakat Cina yang diimport dari Sungai Mekong.

Antara yang hadir sama ialah Pengurus Central Coldstorage Sarawak Sdn Bhd cawangan Tawau Tiong Chee Hong dan Eksekutif Kawasan CCK Fresh Mart Sdn Bhd Liu Chang Keng.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>