Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kuala Besut lokasi pertama program Kembara Merdeka Jalur Gemilang

$
0
0

KUALA BESUT: Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu memilih Kuala Besut sebagai lokasi pertama persinggahan dan pelancaran aktiviti menyemarakkan kembara di lapan lokasi sempena kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Konvoi itu disertai hampir 100 peserta membabitkan 20 kenderaan daripada 15 agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM), Jabatan Penerangan Terengganu serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Setiap daerah yang disinggahi diadakan program mengagih-agihkan Jalur Gemilang kepada penduduk setempat bagi menggalakkan semangat cintakan negara,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sempena majlis pelepasan konvoi itu di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha KMM Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu Azizah Awang dan Anggota Dewan Undangan Negeri Jabi Mohd Iskandar Jaafar.

Sempena program itu, pihak penganjur mengatur beberapa acara sampingan termasuk program berbuka puasa dan solat berjemaah bersama penduduk serta majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin di kampung terbabit.

Program kembara ini merupakan program tahunan KMM pada bulan kemerdekaan bagi meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan petugas KMM dan rakyat di negeri itu.

Tahun lepas Parlimen Kuala Nerus dipilih sebagai lokasi pertama peringkat negeri Terengganu. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>