Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Syarikat utiliti Miri digesa lebih bertanggungjawab terhadap kerja penyelenggaraan, pemasangan

$
0
0

MIRI: Syarikat utiliti di sini digesa lebih bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan yang dilakukan oleh kontraktor mereka.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai dalam tinjauannya di sekitar Miri semalam kesal dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor syarikat utiliti di Pusat Komersial Pelita dan Pusat Komersial Centre Point.

“Orang awam sering kali menuding jari terhadap MBM, sedangkan setiap tanggungjawab telah dibahagikan kepada mereka yang dipertanggungjawabkan dalam melakukan kerja-kerja penyelenggaraan atau pemasangan kabel dan paip.

“Mereka (kontraktor) hanya menutup permukaan jalan selepas kerja penyelenggaraan atau pemasangan siap dengan bitumin sahaja tanpa menggunakan batu untuk mengeraskan permukaan jalan,” jelasnya.

Katanya kerja-kerja yang tidak sempurna sedemikian menyebabkan permukaan jalan tidak rata sehingga menyebabkan orang awam menuding jari kepada pihak MBM.

“Syarikat utiliti perlu memberitahu dan mendapatkan kelulusan daripada MBM sebelum menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

“Mereka juga perlu me-nyelia dan memastikan pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan menampal dengan betul permukaan jalan selepas kerja-kerja penyelenggaraan atau pemasangan di kawasan tersebut,” ujarnya.

Menurut Lai, kerja-kerja penyelenggaraan yang tidak sempurna akan menyebabkan kerosakan permukaan jalan yang lebih teruk terutama di kawasan tersebut yang merupakan laluan sibuk atau rosak disebabkan musim hujan.

Dalam tinjauan semalam, kontraktor yang dipertanggungjawabkan oleh syarikat utiliti telah melakukan penyelenggaraan dan pemasangan kabel di kawasan tempat letak kereta sehingga menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya.

“Permukaan kawasan tempat letak kenderaan tidak rata dan mendap menyebabkan pengguna jalan raya tidak mahu meletakkan kenderaan mereka di kawasan tersebut,” tambahnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>