Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Tiang diperintah jalani pemerhatian psikiatrik di Kuching

$
0
0

SIBU: Suspek kes pembunuhan tiga beranak di Pulau Li Hua, Tiang Yee Lee, diperintahkan dihantar ke Hospital Sentosa di Kuching untuk menjalani pemerhatian psikiatrik.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Seksyen Indra Ayub semalam, selepas membenarkan permohonan yang dibuat Pendakwa Raya Kanan Persekutuan Yaacub Chik.

Tiang menghadapi lima pertuduhan awal atas kesalahan membunuh ahli keluarganya sendiri.

Tiga pertuduhan melibatkan pembunuhan isterinya Ling Yung Ming, anak perempuan Christine Tiang Soon Ai dan anak lelaki Victor Tiang Soon Heng.

Tiang menghadapi ketiga-tiga pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Selain itu, Tiang menghadapi pertuduhan keempat cubaan membunuh anak lelakinya Vincent Tiang Soon Thai di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun.

Tiang juga didakwa cuba membunuh diri dengan menggantung dirinya dengan menggunakan tali pinggang di kediamannya di Pulau Li Hua.

Kelima-lima kesalahan itu didakwa dilakukan pada 5 Julai di kediamannya di Pulau Li Hua pada jam 6.20 pagi dan 9.50 pagi.

Tiang, kontraktor yang berusia 43 tahun dilihat tenang sepanjang perbicaraan berlangsung semalam, hanya berbual dengan kakaknya yang hadir pada perbicaraan.

Yaacub membaca kelima-lima pertuduhan di Mahkamah Seksyen, namun tiada pengakuan dikemukakan oleh Tiang.

Mahkamah menetapkan 19 Ogos untuk kes didengar semula.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>