Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

BN tidak pinggir Cina, sedia kemudahan untuk mereka

$
0
0

BETONG: Kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) tidak pernah sama sekali meminggirkan masyarakat Cina dengan membangunkan kawasan yang diduduki dan didiami mereka demi kepentingan semua pihak dan masa depan negara.

Terbaharu, kerajaan telah menyiapkan pembesaran jalan simen, yang menjadi laluan ke Tabika Betong, iaitu sebuah tabika swasta di bawah kendalian Persatuan Chung Hua Betong.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengurus Tabika Betong Charlie Wong, pembesaran jalan tersebut memberi kemudahan kepada ibu bapa kanak-kanak untuk menghantar anak mereka ke tabika yang dahulunya hanya laluan yang agak sempit.

“Dahulu laluan ini agak sempit dan menyukarkan ibu bapa menghantar anak mereka ke tabika terbabit.

“Sekarang setelah siap, ia dapat menjadi tempat letak kereta tenaga pengajar kerana laluan yang ditambah tersebut agak luas dan menjadi lebih selesa,” ujarnya.

“Sebagai usaha menambah baik kemudahan tersebut, lembaga pengurusan tabika tersebut telah memohon kerajaan membesarkan jalan terbabit demi kemudahan bersama.

“Terima kasih kepada kerajaan BN yang sentiasa melihat masalah rakyat dan berjaya memberi kemudahan yang sama rata kepada masyarakat di sini.

“Sekurang-kurangnya, dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, rakyat dapat menikmati dan menggunakan bersama setiap kemudahan tersebut,” katanya sambil tersenyum puas.

“Bukan itu sahaja, jalan tersebut turut memberi manfaat kepada lima keluarga kaum Cina yang lain yang tinggal berdekatan tabika terbabit,” jelasnya.

Dalam pada itu, Tabika Betong kini mempunyai 78 kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai kaum menghadiri kelas bimbingan yang turut dikendalikan oleh empat tenaga pengajar.

“Di samping itu kita juga berusaha membesarkan ruangan kelas tabika berkenaan termasuk untuk menambah aset lain untuk kemudahan pembelajaran dan keselesaan anak-anak,” ujarnya.

Charlie turut menyeru kepada penduduk sekitar agar menghantar anak mereka belajar di tabika tersebut dan menerima kaum lain selain Cina untuk berdaftar dan mendapat pendidikan awal kanak-kanak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>