KUCHING: Cabaran Yogathon 2016 anjuran Kuching Art of Living (AoL) Centre menyaks ikan sambutan menggalakkan apabila berjaya menarik penyertaan hampir 300 peserta.
Peserta program tersebut bukan sahaja melibatkan pengamal Yoga tetapi berjaya menarik penyertaan ramai peserta amatur.
Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Sarawak yang merupakan venue program itu mula dipenuhi peserta yang datang bersama alas yoga.
Penganjuran edisi keempat itu melibatkan peserta dari pelbagai studio yoga sekitar Bandaraya Kuching.
Cabaran itu bertujuan melengkapkan 108 posisi atau dikenali gerakan Surya Namaskar.
Menurut pengerusi penganjur, Chan Mei Yun gerakan Surya Namaskar itu merupakan pergerakan asas lengkap yang diketahui semua orang.
Malah, pengamal amatur mampu menjalani gerakan itu dengan mudah namun mampu menguji ketahanan mental dan fizikal kepada pengamal berpengalaman untuk melengkapkan 54 set gerakan (108 pusingan).