Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pemilik dua rumah berkembar ditangkap curi elektrik SESCo

$
0
0

KUCHING: Pemilik dua buah rumah berkembar di Jalan Jerwit di sini ditangkap mencuri elektrik oleh SESCo dalam operasi pemeriksaan meter baru-baru ini.

Pemeriksaan itu dijalankan selepas rekod penggunaan elektrik rendah tidak realistik oleh pemilik rumah terbabit menimbulkan syak wasangka SESCo.

Operasi itu melibatkan pasukan juruteknik SESCo, Bahagian Runcit dan Operasi SEB, Polis Bantuan Sarawak Energy Berhad (SEB), pemeriksa dari Unit Inspektorat Elektrik (EIU), Kementerian Kemudahan Awam dan Polis.

Pasukan operasi memasuki kediaman itu selepas memperolehi waran geledah daripada mahkamah dan merampas bukti termasuk kabel, isolator dan meter.

Difahamkan satu laporan polis turut dibuat untuk tindakan lanjut berhubung kes itu.

Meskipun sistem pendawaian diganggu disembunyikan oleh pemilik rumah dengan baik namun pasukan pemeriksa terlatih dilengkapi dengan meter khas berjaya mengesan pendawaian yang diubah suai.

Jurucakap SESCo berkata, pihaknya mula mengesan penyelewengan dalam bacaan apabila penggunaan elektrik bulanan bagi premis itu mencatatkan jumlah rendah untuk rumah berkembar dilengkapi dengan beberapa unit penyaman udara dan penggunaan yang tinggi peralatan elektrik lain.

“Kedua-dua pemilik akan dipanggil untuk membantu siasatan kerana sistem pendawaian telah diganggu dari belakang papan meter dan di bahagian  sebahagiannya dikebumikan bawah tanah.

“Pasukan pemeriksaan meter terpaksa menggali ke dalam tanah untuk mengakses sistem pendawaian meter dan mendapatkan semula sambungan haram yang disertai melalui ‘contactor’ elektrik,” katanya.

SESCo akan terus bekerjasama dengan EIU dan pihak berkuasa lain untuk membendung kecurian kuasa elektrik di Sarawak.

Mencuri elektrik adalah haram dan berbahaya serta boleh membawa kepada kecederaan atau kematian.

Pesalah kecurian elektrik akan didakwa di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti mencurigakan melibatkan kecurian elektrik digalakkan menghubungi talian kecurian elektrik SESCo ‘hotline’ 082-443535 atau customercare@sarawakenergy.com.my e-mel. Semua maklumat akan dirahsiakan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228